TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, June 27, 2015

Home » , , , , , , , , » Hartanah oh Hartanah!

Hartanah oh Hartanah!

Akhirnya, setelah hampir lapan bulan tidak menulis di blog ini, tergerak hati juga untuk menulis di blog yang telah mengasah bakat penulisan aku..hehe.. Aku harapkan korang masih lagi ingat akan blog ini walaupun ingatan tu sudah samar-samar. Maklumlah, blog ini bukanlah sehebat blog-blog yang mempunyai ribuan pelawat. Berbalik kepada tujuan asal blog ini dibangunkan, hanyalah sekadar memahatkan kenangan yang pada satu hari nanti akan aku rujuk sekiranya memori dah tak berapa ingat. Selain itu, tidak lupa juga aku mengucapkan selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam.

Sudah hampir setahun lebih aku mencari rezeki di tempat orang, walaupun bukan jauh sangat dengan Sabah tanah airku. Maklumlan, nak cari sesuap nasi kan. Dalam masa lapan bulan ini, banyak suka duka yang aku lalui. Antara yang paling membuatkan aku sebak adalah pemergian nenek tercinta pada 7 Mei 2015. Hari ini sudah 51hari nenek meninggalkan kami. Semoga rohmu tenang di sana nek. :(

Terbaru, adik bongsu aku tidak jadi meneruskan pengajiannya di UMS Kota Kinabalu kerana telah mendapat tawaran dari Institut Pengajian Guru. Yang sakit tu, tempatnya jauh nun di Semenanjung iaitu Kelantan. Syukur terdapat saudara di dalam Tuhan membantu semua hal-hal berjalan dengan lancar.


Selain daripada rutin kerja harian, aku kini sibuk dengan hobi baruku iaitu membaca buku-buku berkaitan kewangan dan hartanah. Salah satu buku yang telah menjadi buku wajib baca untuk tahun ini ialah Mudahnya Beli Rumah karya Azizul Azli Ahmad.  Minta maaf Panglima AlphaOne, curi kejap gambar ni untuk tatapan umum. :) Semangat semakin berkobar-kobar untuk memiliki rumah. Dapat juga belajar daripada beliau bagaimana untuk membeli 6 buah rumah dalam setahun.

Selain daripada itu, buku yang sedang dalam pembacaan aku sekarang ialah buku tulisan Robert T. Kiyosaki berkenaan Increase Your Financial IQ. Menjadi kaya dengan banyak wang bukan menjadi tiket untuk jalan keluar daripada masalah. Apa yang penting adalah ilmu kewangan yang dapat kita aplikasikan dalam mengurus dan mengawal kewangan kita sendiri. Ilmu itulah yang menjadikan kita kaya dan bukan wang itu. 

Pelaburan hartanah khasnya di Sabah merupakan antara hartanah yang mahal di Malaysia. Oleh sebab itu, ilmu kewangan perlu dimantapkan terlebih dahulu supaya wang yang dilaburkan tidak melebur. Selain daripada itu, teknik manipulasi simpanan ASB vs Hartanah juga satu kaedah yang menarik pada pendapat aku. Tahniah aku ucapkan kepada Khairul Ezuan yang telah berjaya merungkaikan teknik yang boleh digunapakai twist simpanan ASB menjadi pemudah cara untuk mendapatkan lebih banyak hartanah. Aku telah mendapatkan produk beliau ASB Genius dan ternyata pengisiannya memang berbaloi. Jangan sayang dengan duit kita untuk melabur dalam ilmu. Bak kata Robert T.K. pelaburan adalah perbelanjaan. 

P/s: Masa untuk bertindak sudah tiba. :) 
Pps: Perancangan pelaburan untuk ke seminar Sarjana Hartanah, Faizul Ridzuan, mu tunggu aku datang, haha..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails