TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, October 18, 2014

Home » , , , , , , , , , , » Bluedianthus Masih Menulis!

Bluedianthus Masih Menulis!

Salam manis dan salam bertemu lagi di Bluedianthus Dot Com. Berbulan lamanya aku tinggalkan dunia penulisan di dalam blog Bluedianthus ini kan. Tapi, blog perniagaan yang lain masih berjalan seperi biasa di samping kesibukan dengan kerjaya dan juga bersama perniagaan kelas A yang baru aku ceburi atas pelawaan daripada salah seorang rakan blog aku yang sehingga kini identitinya masih belum diketahui (haha...sebab tak nampak gambar sebenar. Kalau baca artikel ini sila respon..). Terima kasih kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan hebat ini, Aku berharap aku akan dapat menyumbangkan sesuatu untuk masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang hendaknya, mudah-mudahan. banyak benda yang aku belajar dalam dunia perniagaan online, fizikal dan juga digital. Aku bersyukur kerana ilmu itu dapat aku praktikkan dalam liga aku sendiri.

Baru-baru ini aku baru selesai menjalani kursus anjuran Cambridge International Examinations iaitu kursus Intermediate Cambridge IGCSE Information and Communication Technology (ICT). Pensyarahnya ialah Head of Examinar ICT di Cambridge. Banyak yang aku belajar daripada beliau. Pengalaman makin bertambah nampaknya. Ilmu ICT semakin luas dan semakin banyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Selain itu, aku juga berpeluang bertemu dengan ramai rakan yang seperjuangan dengan aku dari Filipina, Indonesia dan ramai lagi atas dasar perkongsian maklumat.

Untuk perkembangan Nuffnang, aku berkeputusan untuk tidak lagi memberikan kemaskini Nuffnang yang aku peroleh. Cukuplah sekadar kalau ada kelapangan untuk memberikan kemaskini Nuffnang ini. Apapun, aku berterima kasih sekali lagi kepada Nuffnang yang masih memberikan sen-sen kepada blog Bluedianthus ini sehingga kini. Walaupun berbulan-bulan lamanya aku tidak mengemaskini blog dan menyemak earnings Nuffnang di blog Bluedianthus ini, mereka masih memberi peluang kepada blog ini untuk merasa sedikit hasil pendapatan mereka. Terima kasih ya. Aku tidak sedar pun earning sudah boleh di cashout. Bersyukur dengan rezeki yang ada. Apa yang penting, berblogging lah dengan gembira, duit akan datang kemudian. Itu pasti.. Lagi berita mengenai Nuffnang untuk satu lagi akaun khas untuk perniagaan, earning CPUV nya lagi banyak dari blog Bluedianthus ini, syukur...
Baiklah, sekian saja rasanya untuk kali ini. Oh ya, sebelum tu suka aku beritahu yang adik bongsu aku sudah berjaya mendapat tempat di Universiti Malaysia Sabah dan kini sedang mengikuti pengajian selama tiga tahun dalam kursus Biologi Pemuliharaan. Semoga adik aku tabah dalam mengharungi perjuangan. 
Bersama adik bongsu


Selain itu, tahniah kepada adik pertama aku yang sudah mendapat pekerjaan walaupun hanya akan bergraduasi pada bulan November ini. Mungkin kakak tidak dapat bersama-sama pada masa itu kerana menghadiri team building. 
Bersama adik aku yang pertama...

Tahniah juga kepada adik kedua aku yang sudah sampai tahun akhir pengajiannya di Maktab Perguruan Gaya dalam kursus TESL. Dulu rasa lima tahun setengah tu lama, tapi sekarang dah jadi super saiya senior! Aku yakin dan percaya adik aku ini akan menjadi seorang guru yang baik...
Bersama adik aku yang kedua...

Kepada abang aku, tahniah dan terima kasih kerana menjaga keselamatan kami adik-adikmu yang semua perempuan selama ini...
Kami Lima Beradik.. :)

Akhir sekali, tahniah juga kepada Daddy dan Mummy aku sebab semua anak-anaknya dah masuk universiti. Syukur puji Tuhan... Kami semua sayang Daddy Mummy, terima kasih kasih sayangmu membesarkan kami sehingga hari ini, kami tidak dapat membalasnya walau dengan segunung emas...kami akan berusaha menjadi anak yang baik selamanya. Aku  doakan semoga Tuhan murahkan rezeki dan memberi kesihatan kepada Mummy dan Dadd,amin..
LOVE you so much Dad and Mum!
p.s: Buat semua pembaca, hargailah keluarga anda. Setiap waktu adalah berharga. Aku tahu banyak musibah menyayat hati yang berlaku di Malaysia tahun ini. Luangkan masa dengan mereka, walaupun jauh di mata, teknologi ICT memungkinkan semuanya. Telefon, Whatsapp, Video Call...apa sahaja. Jangan hanya update status sana sini, tapi nak update status untuk ibu bapa payahnya bukan kepalang. Kalau digunakan untuk kebaikan segala kemudahan yang ada pada masa kini, baiklah jadinya. Salam sayang selalu daripada aku di Bluedianthus Dot Com. Entah bila lagi aku akan berkesempatan menulis di blog ini. Segala kekasaran bahasa mohon diampuni. 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails