TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, March 30, 2014

Home » , , , , , , » I Dreamed A Dream - Susan Boyle

I Dreamed A Dream - Susan Boyle

Salam manis dan berjumpa lagi dengan pemilik Bluedianthus Dot Com yang semakin kedekut menulis di dalam blog ini...hehe.. Seperti kebiasaan, aku akan mengiyakan yang aku masih lagi aktif di dunia blogging ini secara underground di dunia atas talian ini. Terfikir juga untuk mencari pekerja yang boleh menguruskan perniagaan Internet ini. Leverage sememangnya sangat digalakkan oleh usahawan samada secara maya ataupun fizikal kerana ia mampu mengurangkan beban kerja empunya diri. Ya, sememangnya hasil kerja mungkin bukan seperti yang kita jangkakan, tetapi itu kan lebih baik daripada tidak ada sebarang peningkatan langsung kan. 

Sebuah lagi kisah yang menjadi sumber inspirasi aku ialah penyanyi yang aku kagumi dan tersohor di seluruh dunia, Susan Boyle. Lahir pada 1 April 1961. Lahir pada bulan yang sama dengan aku, minta aura dulu kejap. :) Susan Boyle berdarah Scotland, dari daerah kecil di Blackburn. Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik. Susan telah disahkan menghidap Sindrom Aspergers iaitu salah satu daripada cabang penyakit Autisme. Sindorm ini telah menyebabkan tahap IQ Susan berada pada tahap lemah dan pemikirannya tidak akan sama dengan orang yang sebaya dengannya. Disebabkan kekurangan pada IQ beliau, beliau bekerja sebagai pelatih tukang masak selama enam bulan di Kolej West Lothian dan juga menghadiri beberapa program anjuran kerajaan Scotland untuk penganggur.

Susan Boyle mula menyanyi sejak berumur 12 tahun lagi di gereja. Minat dalam bidang nyanyian mendorong Susan untuk menjadi seorang penyanyi profesional. Di awal karier untuk memasuki industri nyanyian ini, beliau pernah diejek kerana rupanya yang tidak menarik walaupun mempunyai kebolehan menyanyi yang hebat.Pada tahun 1999, beliau telah menghantar CD lagu untuk program amal kebajikan dan hanya 1000 salinan dikeluarkan. Pada tahun 1998, beliau telah merakamkan tiga lagu dengan menggunakan wang simpanannya sendiri untuk mencetak salinan untuk dihantar ke syarikat rakaman, pertandingan bakat radio, televisyen nasional dan tempatan. Selepas memenangi beberapa pertandingan nyanyian tempatan, ibu Susan telah menggesa supaya Susan menyertai pertandingan Britain's Got Talent untuk menyanyi di depan penonton yang besar.

Pada mulanya, Susan tidak mahu menyertai pertandingan tersebut kerana faktor usianya yang sudah berumur. Tetapi pengajar vokalnya memujuk Susan untuk menyertai pertandingan tersebut. Susan kemudiannya bersetuju dan telah mengisi borang permohonan pada Ogos 2008 dan telah lulus saringan nyanyian. 
Penampilan pertamanya secara rasmi dalam pertandingan Britian's Got Talent ialah apabila beliau menyanyikan lagu "I Dreamed A Dream" dari Les Miserables dalam pusingan pertama pada 11 April 2009. Juri tegas Simon Cowell menunjukkan tanggapan yang kurang baik apabila melihat perwatakan Susan yang agak kebudak-budakan dan tidak sesuai dengan umurnya. Begitu juga dengan Piers Morgan yang ketawa semasa Susan memulakan nyanyiannya. Para penonton yang hadir juga tergelak apabila Susan mengatakan dia ingin menjadi seorang penyanyi profesional yang berjaya seperti Elaine Paige yang merupakan seorang penyanyi tersohor dari dulu sehingga kini. Suaranya memukau penonton dengan suara suprano yang sangat bertenaga pada sebaik sahaja beliau mula menyanyi. Lebih 10 juta penonton menonton rancangan tersebut dan namanya meningkat naik seiring dengan bantuan media sosial Youtube dan juga media sosial yang lain. Susan akhirnya berjaya sehingga ke pusingan akhir tetapi hanya mendapat tempat kedua. 

Walaupun tidak menjadi juara dalam pertandingan tersebut, Susan telah mencipta satu gelombang motivasi yang telah memberi inspirasi kepada semua orang di dunia bahawa faktor umur, kerja, usia dan penyakit autisme bukanlah penghalang seseorang itu untuk mencipta kejayaan. Lagu I Dreamed A Dream sememangnya memberi impak yang sangat besar dalam hidup Susan Boyle. Kejayaan itu boleh dikejar, dan tidak terlambat untuk kita memulakannya. Kini Susan Boyle adalah nama besar di Hollywood dalam bidang nyanyian. Kesemua album yang dikeluarkan mencapai jualan jutaan unit. Beliau telah mencapai tahap jutawan Susan Boyle seperti yang diimpikannya. Asetnya sehingga kini dijangkakan bernilai 20juta Pound Sterling. Bayangkan jumlahnya dalam matawang Ringgit Malaysia...fuhh.. :)

Mari kita hayati lagu pertama yang dinyanyikan Susan Boyle (juga dikenali sebagai SuBo) pada pusingan pertama kemunculannya di khalayak umum dalam pertandingan Britain's Got Talent. Tak perlu bersolek dua tiga inci, wajah semulajadi. Apa yang penting, jual bakat...bakat orang lain takkan dapat curi. Ia adalah anugerah Tuhan juga. Tuhan itu adil kerana semua yang berlaku ada hikmahnya.

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they tear your hopes apart
And they turn your dream to shame

Still I dream he'd come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from this hell I'm living
So different now from what it seems
Now life has killed the dream I dreamed

P.s Dare To Dream

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails