TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 13, 2014

Home » , , , , , » The Last Waltz - Engelbert Humperdinck

The Last Waltz - Engelbert Humperdinck

Salam Februari buat semua pembaca yang masih menanti-nanti kehadiran penulisan Bluedianthus yang semakin kurang menulis di blog Bluedianthus Dot Com ini. Aku masih ada cuma berlindung di sebalik tabir dengan blog-blog bisnes aku yang lain di samping dengan kerja luar talian yang lain. Syukurlah, diri ini masih berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang di sini. 

Baiklah, aku dan adik beradik aku yang lain memang suka dengan lagu Oldies. Salah satu penyanyi lagenda yang kami gemari adalah Engelbert Humperdinck. Penyanyi ini lahir di Madras, India dan lahir pada 2 Mei 1936 dan masih aktif menyanyi sehingga sekarang. Nama sebenar beliau ialah Arnold George Dorsey, memang berbeza sekali dengan nama pentas beliau kan. Ayah beliau bekerja dengan tentera British dan ibunya mengajar violin dan mempunyai suara untuk pementasan opera. Pada usia sebelas tahun, beliau mula belajar bermain saksafon. Lagu pertama beliau bertajuk "I'll Never Fall In Love Again" pada tahun 1958. Selepas melalui penyakit tuberkulosis, beliau kembali semula dengan nama pentas Engelbert Humperdinck dengan album bertajuk "Release Me" yang telah menjadi siulan muda-mudai pada zaman beliau. Nama pentas Engelbert Humperdinck adalah sempena nama seorang Komposer bagi pementasan opera "Hansel & Gretel"

Kejayaan beliau hanyalah bayangan bermacam-macam kepayahan dan kegagalan beliau sebelum beliau berjaya. Kejayaan sebenar beliau bermula apabila mewakili England  bersama empat lagi rakan senegara di Pertandingan Lagu Knokke di Belgium pada Julai 1966. Namanya telah dikenali sebagai seorang penyanyi yang berkredibiliti. Beliau juga telah menggubah beberapa lagu yang telah menjadi lagu sepanjang zaman seperti "Strangers in the Night " yang dinyanyikan oleh Frank Sinatra yang juga merupakan penyanyi yang popular pada masa itu. Lagu nyanyiannya "Release Me" telah terjual sebanyak 85,000 unit dalam masa sehari. Beliau bijak memilih tema cinta dalam setiap lagu yang segar sepanjang zaman.Beliau juga tersenarai sebagai bintang di Hollywood Walk of Fame. 

Proses kejayaannya memakan masa hampir sepuluh tahun bermula dari single pertamanya. Beliau perlu bekerja keras sehingga sampai ke tahap ini. Pengajaran bagi kita pada hari ini, kejayaan akan hampir kepada mereka yang tidak kenal putus asaAku doakan beliau terus berkarya sehingga ke akhir hayatnya. Aku juga doakan jodohnya dengan isterinya Patricia akan bahagia selalu.. Jom layan lagu The Last Waltz - Engelbert Humperdinck tahun 1967. Tempohnya cuma 3:06 minit sahaja tapi sangat terkesan di hati... Lagu ini  p/s: Memang stail zaman Elvis Presley ni kan dan Abraham Lincoln ni kan..hehe..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails