TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 3, 2014

Home » , , , , » Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Sudah berbulan aku tidak mengemaskini blog..aku tahu aku belum dilupakan..hehe... Apapun, sebenarnya aku masih wujud di dunia blogging tetapi pastinya bukan blog Bluedianthus ini. Apapun terima kasih kepada semua yang masih sudi bertanyakan khabar berita daripada empunya blog Bluedianthus ini. Untuk pengetahuan korang semua, aku kini sibuk dengan blog bahasa Inggeris aku. Syukurlah, walaupun sudah berbulan tidak dikemaskini, PageRank blog ini masih kekal PR2 setelah kemaskini Google baru-baru ini. Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana masih sudi memberikan aku iklan Buffered Earning walaupun tidak mengemaskini blog agak lama.

Di kesempatan tahun baru 2014, ingin aku memohon maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa sepanjang penulisan aku di dalam blog ini. Masih teringat apabila blog ini dibangunkan pada 2009, ayat dan bahasa memang bercampur aduk dengan bahasa yang lain...tapi bahasa Sabah tu memang tetap adalah, hehe... Aku harapkan sepanjang pengisian aku di blog ini, dapat memberikan input yang berguna kepada yang membacanya. Minta maaf juga kerana aku agak kurang menulis sepanjang tahun 2013..agak menyepi tapi tak bermakna tak aktif beronline... Minta maaf kepada semua email pertanyaan yang belum berbalas mengenai jualbeli blog di Flippa, pelaburan emas dan perak di Maybank, akaun Paypal, akaun Skrill dan banyak lagi. Agak banyak juga soalan yang korang ajukan kepada aku yang masih bertatih dalam semua benda ni. Aku akan balas juga email korang tu, tapi ambil masa sikit la ya.. :)

Akhir sekali, aku doakan hanya perkara terbaik berlaku dalam hidup korang sepanjang tahun 2014 ini.  Apa yang korang rancang, azam tahun baru, rancangan jangka pendek mahupun panjang, aku doakan berhasil hendaknya. Sekiranya ada perkara yang tidak baik berlaku, tentu ada hikmah di sebalik semua yang berlaku... Kita sebagai manusia takkan hendak menerima yang baik sahaja kan...jumpa lagi di lain entri.. Salam Tahun Baru semua... :)

Bersama Daddy kesayangan dan adikku tersayang
Credit: Warner Nak



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails