TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 24, 2013

Home » , , , , » Sesi Soal Jawab Bluedianthus

Sesi Soal Jawab Bluedianthus

Salam sejahtera kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Sekian kalinya aku masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog peribadi ini. Kali ini tanpa membuang masa aku akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kepada aku melalui komen. Ada beberapa lagi soalan yang diberikan kepada aku melalui email dan juga PM melalui Fanpage Bluedianthus. Ada beberapa yang sudah aku jawab dan ada beberapa lagi soalan yang belum dijawab. Sedikit tips untuk korang yang menghantar soalan a.k.a pertanyaan kepada aku. Biarlah soalan yang diberikan tu jelas dan jangan bersifat umum. Sebagai contoh, "Cik Bluedianthus, macam mana nak buat online ye?" atau "boleh bagi cara pintas nak jana duit dengan IMFlippa". Cara pantas tu kira boleh tahan lagi la, tapi cara pintas aku tak tahu...hehe.. :)

Soalan 1
Jawapan: Tak, ada banyak currency yang boleh digunakan dalam Moneybookers a.k.a Skrill ni. Boleh lihat di bahagian https://www.moneybookers.com/app/help.pl?s=fees.


Skrill akan meminta kita untuk mengesahkan akaun kita menggunakan kad debit atau kad kredit. Saya nasihatkan lebih baik guna kad debit kerana ia lebih selamat. Secara automatik, currency yang digunapakai ialah dalam matawang kita iaitu MYR.


Jadi untuk soalan Syed yang seterusnya ini, kalau deposit dalam USD, secara automatik mawatang akan ditukarkan dalam MYR. 

Soalan 2
Untuk soalan daripada Amirul ini, untuk tugas di forum, Amirul perlu mendaftar untuk menjadi ahli bagi forum tersebut. Amirul juga perlu sahkan pendaftaran. Untuk post pertama Amirul perlu buat pengenalan diri supaya ahli-ahli forum dapat mengenali Amirul. Jangan main redah saja ya. :) Saya tidak pasti apakah sebabnya job yang Amirul buat itu ditolak oleh advertiser. Tapi umumnya, Amirul mungkin tidak mengikut langkah-langkah yang diberikan contohnya, tidak memenuhi bilangan post yang dikehendaki, tidak memenuhi bilangan perkataan yang dikehendaki, ataupun post yang Amirul buat itu kelihatan seperti spam. Sila rujuk semula arahan yang diberikan oleh advertiser.

Soalan dari orang yang sama

IP Adress ini adalah dari orang yang sama jadi aku gabungkan saja soalannya. 
Jawapan: Ya, dari akaun Skrill, kita boleh terus keluarkan duit tu ke dalam akaun bank kita. Jadi kita perlu tahu kod SWIFT untuk akaun bank kita. Caj bagi mengeluarkan duit Skrill ke dalam akaun tempatan aku rasa berbaloi juga iaitu dalam lingkungan RM7.59. Terus ke https://www.moneybookers.com/app/help.pl?s=fees untuk mengetahui lebih lanjut. Rasanya kalau transfer ke akaun bank pun taklah mahal sangat kan. :)

Ok, sekian dulu soalan yang boleh aku jawab..malam ini aku akan cuba balas email dan PM yang dihantarkan kepada aku. Maaf kalau jawapan aku ini ada kekurangan. Aku cuma membalas berdasarkan pengalaman aku. Aku hargai semua soalan yang korang berikan. 

Salam sayang daripada aku kerana masih sudi menjengah blog yang jarang dikemaskini ini.:)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails