TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 25, 2013

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang Jun 2013

Kemaskini Nuffnang Jun 2013

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Hari ini saja kemaskini blog untuk rujukan aku pada masa hadapan. Lagipun, tak tahu lagi bila aku akan mengemaskini blog ini dalam bulan Jun. Syukur, bulan Jun ini murah rezeki blog ini walaupun hanya sen-sen sahaja yang mampu dikumpulkan. Kalau blogger otai yang lain tak payah cakaplah, memang kalau Buffered Earning a.k.a CPUV ini mereka tak kisah sangat pun sebab dapat banyak tawaran advertorial. Apapun, aku masih mampu bersyukur kerana dapat juga merasa setiap sen yang ada. Aku doakan semoga rezeki korang juga berlipat kali ganda hendaknya, mudah-mudahan.. :)
Buffered Earning yang bermakna..

Aku tak rajin nak bagitau setiap satu iklan yang dipaparkan ini. Tapi cukuplah sekadar bergembira sebab BE sudah melebihi 100 lebih iklan. Kalau aku lebih rajin mengemaskini blog ini, mungkin juga peluang untuk mendapatkan advertorial akan lebih cerah. Tapi apa boleh buat, aku sibuk dengan blog-blog yang lain juga. Tak apalah kan. Untuk pengetahuan korang juga, aku sudah cash out earning Nuffnang dalam akaun aku. Aku sebenarnya mahu juga simpan lama-lama dalam earning Nuffnang, tapi disebabkan satu hal yang menimpa salah satu akaun aku baru-baru ini, aku nekad cashout duit Nuffnang tersebut.

Nak dengar satu cerita?..macam cerita dongeng pula..hehe.. Tersebutlah kisah hidup seorang blogger ini, pada satu hari menerima satu akaunnya telah dibekukan dan kesemua earningnya juga dibekukan tanpa sebarang belas kasihan. Dan blogger itu adalah aku..hehe.. Oh, bukan. Bukan akaun Adsense... Akaun Adsense aku pun sudah lama dibanned oleh pihak Google atas kesilapan yang sama. Akaun ini jenis text link ads. Aku syak ini perbuatan khianat. :) Tapi tak mengapa, aku maafkan. Rezeki ada di mana-mana.. Semoga orang tu insaf dan bertaubat dari perbuatannya. Jangan buat selalu ya, sebab tiap-tiap perbuatan itu akan ada balasan yang setimpal dengannya..

Oh, hatiku berjerebu saat ini... :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails