TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, May 21, 2013

Home » , , , » [REVIEW] Usahawan.Com, Mencipta Peluang Perniagaan Baru!

[REVIEW] Usahawan.Com, Mencipta Peluang Perniagaan Baru!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Menyepi agak lama dari dunia blogging bukan bermaksud aku tidak mengikuti perkembangan dan juga melayari secara senyap blog-blog korang ya. Tapi aku mempunyai galasan tugas yang agak berat untuk aku lakukan iaitu memberikan ulasan, pandangan dan buah fikiran mengenai satu laman web yang sudah gah di platform atas talian dan juga dalam perniagaan fizikal. Usahawan.Com Lama juga aku menyiapkan artikel review kali ini, seminggu lebih menelaah dan mengodek-godek laman web tersebut. Agak gentar dan teliti kali ini untuk memberikan review kali ini. Apapun, kita terus kepada fokus utama, Usahawan.Com. Aku yakin, nama domainnya saja sudah cukup membuatkan kita cemburu.. Domain cantik... :)
Laman utama Usahawan.Com

1. Latar Belakang Usahawan.Com

Usahawan.Com ini mengikut whois yang aku semak, sudah wujud di dunia Internet sejak tahun 2001 lagi. Wah, itu merupakan satu jangka masa yang lama kan. Tidak hairanlah kedudukan Alexanya 294,745 pada ketika artikel ini ditulis. Laman web ini juga mempunyai ego yang tinggi iaitu PageRank 3. Untuk laman web yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara, PR3 sudah cukup tinggi pada perkiraan aku. Usahawan.Com ini merupakan laman web bagi syarikat Usahawan.Com Sdn Bhd. Sekarang korang sudah tahu betapa aku gementar untuk memberikan review kan. Syarikat Sdn Bhd adalah lebih luas skopnya daripada syarikat Enterprise.  Paling penting, syarikat ini dimiliki 100% oleh Bumiputera.

2. Rekabentuk Laman Web
Dari segi rekabentuk laman web Usahawan.Com ini, bersifat profesional! Logo yang digunakan adalah nama domain itu sendiri iaitu Usahawan.Com. Cuma aku rasa gambar ofis di cawangan Shah Alam itu patut diletakkan paling atas sebelum tagline mereka. Penggunaan warna, tulisan dan latar belakang laman web juga cun. Tulisan mudah dibaca. Terdapat 9 tab pada menu pilihan bahagian atas laman web. Kesemuanya sudah disusun atur mengikut kategori yang dikhaskan. Sekiranya korang mempunyai minat untuk memulakan sesuatu perniagaan, korang hanya perlu halakan kursor tetikus pada tab Pakej Perniagaan dan akan ada 14 jenis pakej perniagaan yang korang boleh pilih. Contoh pada ilustrasi di bawah ini, aku telah memilih Bisnes T-Shirt & Cenderahati. Satu halaman lain akan dipaparkan iaitu terdapat 11 lagi pilihan untuk Bisnes T-Shirt & Cenderahati ini iaitu bisnes cenderahati mug, t-shirt, jersi dan lain-lain lagi. Begitulah juga halnya dengan pakej perniagaan lain yang dipilih, kesemuanya mempunyai perniagaan yang lebih spesifik.



3. Aplikasi Shopping Cart
Usahawan.Com juga menyediakan sistem pembelian melalui sistem shopping cart iaitu bakal pelanggan boleh membeli. Susunan produk fizikal tersusun dan juga sangat menarik hati. Betul, tengok produk saja sudah rasa macam nak memasak terutamanya Dapur Dorayaki Gas tu, terus ingat Doraemon, kartun sepanjang zaman aku. :) Aku yakin banyak masa yang digunakan untuk membangunkan aplikasi shopping cart di dalam domain yang mempunyai pelbagai lagi fungsi lain. Melalui pemerhatian aku, pihak webmaster Usahawan.Com masih lagi dalam proses menyusun atur  bahagian "pricing" untuk sesetengah produk yang ada kerana aku dapati ada produk yang masih belum diberikan harga. Dari segi ketelitian dan hakcipta, pihak admin sudah bersedia dengan meletakkan watermark bagi setiap gambar yang dimasukkan dalam laman web produk jualan. :)


4. Konsep Blogging dalam Usahawan.Com

Satu perkara yang paling aku suka mengenai laman web ini ialah ia tidak bersifat statik kerana terdapat konsep blogging di dalamnya yang dapat mewujudkan konsep dua hala, iaitu pembaca dan juga penulis artikel. Aku yakin ramai yang terlibat dalam penghasilan artikel mereka yang mantap dan terkini. Kesemua artikel yang ditulis adalah unik dan panjang-panjang belaka. Sudah pasti, Google sangat suka dengan kandungan artikel yang unik dan juga panjang. Kemungkinan aplikasi SEO bukanlah satu perkara yang ditekankan dalam artikel ini, tapi masih boleh menarik trafik yang berkualiti kerana kandungan artikel itu sendiri. Aku telah membaca dan menimba pengetahuan dengan membaca beberapa artikel ilmiah dari Usahawan.Com ini. Antara topik-topik yang menjadi tumpuan utama aku adalah Badan Pinjaman TEKUN, MARA, PUNB & TEB, Pelaburan Emas, Skim Pinjaman SME Bank dan Dropship - Bisnes Tanpa Modal Tapi Lumayan. Sebenarnya ada banyak lagi artikel yang aku baca tapi aku berikan beberapa artikel yang berjaya menarik perhatian aku dengan sekali imbas pada bahagian artikel terkini. Rata-rata pengisian artikelnya padat dengan penggunaan aras bahasa yang agak tinggi dan penggunaan tatabahasa yang tersusun.
Salah satu artikel pilihan Bluedianthus.Com


5. Integrasi Jaringan Media Sosial

Memandangkan jaringan sosial merupakan satu kemestian pada masa kini kerana sifat jaringan sosial yang berbentuk viral, aku sangat menggalakkan agar  Usahawan.Com juga mengaplikasikan kelebihan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan Google+. Ini akan dapat memaksimakan capaian dari segi trafik dan seterusnya meningkatkan bakal prospek. Aku rasa pihak Usahawan.Com juga sedang berusaha ke arah ini. Kuasa media sosial memang tidak dapat disangkal lagi. Trend ini mungkin akan berlanjutan untuk satu tempoh masa, jadi tidak ada ruginya untuk mengambil bahagian menggunakan media sosial untuk mempertingkat perniagaan kita. Facebook telah membeli Instagram, jadi tahulah kita yang media sosial masih bermaharajalela. Jadi aku rasa, pihak Usahawan.Com juga patut mempunyai fanpage ataupun group sendiri untuk mendapat lebih banyak capaian dan prospek untuk tujuan promosi dan jualan :)

Baiklah sekian saja review untuk kali ini. Aku harap korang akan sentiasa melawat Usahawan.Com seperti aku yang dahagakan artikel terbaru dalam ruangan penulisan mereka. Terima kasih Usahawan.Com kerana sabar menanti review ini keluar secara eksklusif, hanya di Bluedianthus Dot Com. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails