TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 29, 2013

Home » , , , , , » Kemaskini Nuffnang Mei 2013

Kemaskini Nuffnang Mei 2013

Salam sejahtera dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan bagi suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut. Semoga pesta Kaamatan kali ini akan dapat disambut dalam suasana aman dan damai. Politik tu dah lepas, biarlah berlalu. Kalau tak suka kerajaan sekarang, boleh tukar.. :)

Oklah, aad kesempatan sedikit pada pagi subuh ini, aku nak kemaskini mana yang patut di blog ini. Memang aku tak dapat tumpukan perhatian yang lebih untuk blog ini tetapi aku masih cuba untuk mengekalkan trafik yang datang ke blog ini. Kenapa? Salah satu sebabnya ialah kemampuan blog ini untuk mendapatkan Buffered Earning (BE). BE ini telah dijenamakan semula sebagai CPUV (Cost-Per-unique-visit) tetapi aku lebih suka menggunakan istilah BE untuk memudahkan aku menghitung berapa banyak BE telah bertapak di blog Bluedianthus Dot Com ini.

Screenshot diambil pada 23 Mei lepas..


Screenshot di atas aku ambil pada 23 Mei lepas, tetapi aku masih belum sempat menulis artikel kemaskini Nuffnang. Tetapi bila aku masuk akaun Nuffnang aku semula, ada BE yang baru iaitu BE ke-98 iaitu MDEC IPCC iaitu pada bahagian LeaderBoard (bahagian atas blog). Blog ini jarang menerima iklan pada bahagian leaderboard. Untuk BE ke-96 iaitu GSC Summer Blockbuster, iklan ini juga terletak pada bahagian SkyScrapper iaitu pada bahagian tepi kanan blog ini. 

Screenshot terkini BE Bluedianthus Dot Com!

Bila aku lihat balik, kebanyakan iklan BE yang lain adalah berada pada bahagian Large Rectangle iaitu pada bahagian selepas artikel terkini. Apapun aku bersyukur dengan pemberian Nuffnang ini walaupun hanya beberapa sen, sen pun duit tau. Kita harus menghargai semua yang kita dapat. Satu lagi kelebihan menjadi ahli Gliteratti Nuffnang adalah kelebihan untuk mendapatkan BlogBuster Campaigns. Untuk iklan jenis ini, kita perlu membuat video ringkas untuk dihantar dan dinilai oleh pihak Nuffnang. Sekiranya iklan kita itu diterima, iklan kita itu akan dipaparkan di blog kita dan setiap paparan yang dimainkan secara penuh kita akan dapat earning dari sana. Iklan video kita itu nanti juga akan dimasukkan iklan penaja untuk tujuan promosi. Tapi setakat ini iklan jenis Blogbuster ini aku abaikan kerana tidak berkesempatan untuk membuat video.

Iklan Blogbuster hanya untuk ahli Nuffnang Gliteratti sahaja!

Kali ini aku tidak sempat buat screenshot untuk kelima-lima iklan BE di blog ini. Korang boleh terus klik dan dapatkan maklumat lanjut berkenaan promosi tersebut. Tapi ada satu iklan yang korang patut ambil tahu dan patut turut serta iaitu BE ke-98 di blog ini iaitu iklan MDEC IPCC. Ia merupakan satu pertandingan yang membolehkan para peserta memberikan hasil kerja dan idea yang kreatif dalam penghasilan karya kreatif multimedia yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu -animasi, permainan kasual dan Komik Interaktif Digital. Jadi, aku sangat-sangat menggalakkan korang untuk turut serta dalam pertandingan ini sekiranya korang mempunyai bakat dalam bidang multimedia ini. Tidak semestinya korang belajar dalam bidang multimedia kreatif ini.
Sertai Cabaran MDEC IPCC ini!

Salah satu sebab utama yang boleh mendorong semangat korang untuk menyertai cabaran ini adalah hadiahnya:
1. Animasi - 10 pemenang akan mendapat geran RM50,000 setiap satu
2. Permainan Kasual - 10 pemenang akan mendapat geran RM50,00 setiap satu
3. Komik Interaktif Digital - 5 pemenang akan mendapat geran RM25,000 setiap satu.

Haa...memang lumayan habis kan. Sebarang kemusykilan korang akan terjawab bila korang ke laman web mereka. Korang tak payah klik pun iklan BE aku kat atas tu. Terus saja ke Official Portal Multimedia Development Corporation IPCC 2013 untuk maklumat lebih lanjut. :)

Sekian sahaja laporan kemaskini Nuffnang untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca sehingga penghujung artikel ini. Sebenarnya ini adalah lejer aku untuk menilai perkembangan iklan Nuffnang di blog Bluedianthus Dot Com. Sekiranya korang inginkan artikel untuk skop yang lain, kita jumpa lagi di artikel yang akan datang.. :)




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails