TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 17, 2013

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang April 2013 & Seminar Buat Duit Dengan Blog

Kemaskini Nuffnang April 2013 & Seminar Buat Duit Dengan Blog

Salam sejahtera dan semoga berada dalam keadaan yang baik-baik saja pada masa ini. Demam mengundi semakin menjadi-jadi. Janganlah korang turut serta dalam situasi yang boleh memburukkan lagi keadaan. Kalau tak suka isu-isu politik yang diterbitkan di wall Facebook korang, boleh terus Unfriend, lepas pilihanraya boleh tambah sebagai kawan balik..hehe..

Ok, sedikit kemaskini ringkas mengenai earning Nuffnang aku. Ada 2 lagu Buffered Earning yang diperolehi oleh blog ini. BE ke-91 ialah Hotlink Prepaid Blackberry dan Be ke-92 ialah Q2 Maxis RM1 Je.. Syukur, BE ke-90 Sunsilk Sleek earningnya sudah mulai bergerak sedikit. Ingatkan sampai habis earning kosong. Uniknya BE ke-90 ini ialah ia berada di bahagian SkyScapper (sisi kanan blog ini). Setakat ini iklan jenis Large Rectangle iaitu iklan di bawah artikel sahaja yang diterima oleh blog Bluedianthus Dot Com ini. Apapun, aku bersyukur dengan sen-sen yang ada dalam earning Nuffnang aku. :)

Earning Nuffnang ini hanyalah salah satu daripada pelbagai cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Satu Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network akan diadakan pada 19 Mei 2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Penganjur ini adalah seorang blogger bagi blog yang telah dinobatkan sebagai Best of The Best Blog Of The Year 2012 dan juga pemenang  Most Creative Blog 2103 di Malaysia Social Media Week Awards. Jadi aku rasa tidak ada yang boleh korang pertikaikan mengenai kredibilitnya membuat duit melalui blog. Kalau aku tinggal kat Semenanjung nun, aku pasti akan turut serta dalam seminar ini. Dalam seminar ini nanti korang akan berpeluang berjumpa dengan beberapa orang blogger yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui blog sahaja. Paling penting, teknik yang mereka aplikasikan dalam blog untuk membuat duit juga berbeza. Aku rasa kalau yuran ratus-ratus pun masih berbaloi. Yuran yang dikenakan bagi aku hanyalah menunjukkan rasa komitmen korang. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails