TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 5, 2013

Home » , , , , , , » IMFlippa masih pilihan terbaik untuk buat duit pantas!

IMFlippa masih pilihan terbaik untuk buat duit pantas!

Salam sejahtera, sudah lama aku tidak memberitahu perkembangan buat duit online di blog ini. Manalah tahu, korang mungkin sudah bosan dengan isu cari duit online dalam blog ini. Mungkin juga ada yang anggap aku ni masuk bakul angkat sendiri. Siapa lagi nak puji diri sendiri kan? :) Sebenarnya artikel ini aku terbitkan untuk seorang sahabat online yang sering bersembang dengan aku melalui Facebook berkenaan dengan jual-beli laman web di Flippa.Com. Kalau terbaca artikel ni, faham-faham sajalah Aswani..haa, terlepas pula bagitau nama. Tak apa, ramai nama Aswani kat dunia ni kan..hehe..

Sepertimana yang korang lihat pada tajuk artikel kali ini, aku akui memang IMFlippa dan IMFlippa2 adalah dua produk terbaik dan berjaya memberikan aku pendapatan sampingan mencecah 4 angka sehingga kini. Memang belum sehebat tuan punya produk ini, Cikgu Hafis Cikgu Flippa. Apapun, aku berterima kasih dengan kehadiran produk ini di pasaran tempatan. Kalau aku boleh, korang lagi boleh. Terutamanya kaum adam sebab mereka ni panjang akal dan banyak kelebihan dari segi teknikal.

$100 yang bermakna..syukur..

Ini adalah transaksi pertama aku di tahun 2013. Sebuah blog dengan fungsi kemaskini secara manual. Domain ini mempunyai PR4 yang baru aku beli dengan harga $15. Kenapa begitu murah? Kerana domain ini adalah jenis dropped domain. Dropped domain adalah domain yang tidak diperbaharui oleh pemilik domain, dilelong semula untuk bidaan tetapi PRnya kekal. Aku beli domain tersebut kerana Alexanya juga boleh tahan iaitu dalam lingkungan 8juta. Dengan domain itu, aku mula menulis beberapa artikel unik dan panjangnya antara 600patah perkataan.


Flippa juga membuat satu perubahan dalam terma dan syarat untuk jual-beli laman web. Laman web yang baru dibangunkan walaupun domain sudah lama wujud, tetap akan dianggap sebagai blog yang baru dibangunkan. Kelebihannya, flipper (istilah yang digunakan kepada mereka yang berjual beli di Flippa.Com) tidak berpeluang untuk menipu dari segi pendapatan dan trafik laman web yang baru itu. Tetapi, flipper mendapat keistimewaan dari segi caj pengiklanan laman web. Kos pengiklanan hanya sebanyak $9 berbanding dengan $29. Sebenarnya, dulu caj pihak Flippa hanya $19, tetapi Flippa.Com mereka punya, jadi terpaksa ikut saja peraturan yang mereka tetapkan...huhu..

Jadi, aku pun iklankan blog aku tu dengan caj sebanyak $9. Masa bidaan aku tetapkan selama seminggu. 2 hari terakhir barulah dapat satu bidaan. Mungkin tiada flipper yang nak membuat bidaan kerana harga permulaan sebanyak $55. Hari terakhir bidaan, ada satu lagi berita gembira. Aku sempat memberi nilai tambah kepada blog ini. Pelanggan aku telah berminat untuk menerbitkan artikel berbayar di blog tersebut. Dengan PR4, harga bagi satu artikel adalah $20.
$20 yang bermakna..syukur..

Nilai tambah itu aku war-warkan di dalam iklan tersebut. 3 jam sebelum berakhir masa bidaan, perang bidaan berlaku. Walaupun cuma dua orang pembida, tapi jujur, aku seronok tengok mereka berlumba-lumba naikkan bidaan. Akhirnya bidaan berakhir dengan nilai akhir $100. Tidak sangka aku setinggi itu. Sasaran aku hanyalah pada harga $85. Tetapi mungkin sudah rezeki aku. Jadi, bermulalah proses pemindahan nama domain dan juga kandungan blog tersebut. Memakan masa selama 2 hari juga sebab pembida yang berjaya meminta aku melakukan proses installation blog tersebut di hosting beliau. Oh, aku lupa nak beritahu, pelanggan aku ini dari New Jersey, USA.

Jadi itulah kisah aku menjual blog pada bulan Mac lalu. Jom kita buat sedikit kira-kira.

Modal beli domain: $15
Caj Iklankan Blog: $9
Caj Jika Blog Terjual: 15% dari jumlah jualan (0.15 x $100) = $15
Rezeki Terpijak: $20 (artikel berbayar)
Untung Bersih: $100 - $9 - $15 - $15 = $61 + $20 = $81 (lebih kurang RM243.00)

Lebih kurang begitulah perkiraannya. Modal yang perlu ada paling minimum pun adalah sebanyak $11. Mungkin korang boleh beli domain dari Godaddy dengan harga promosi serendah $0.99 untuk domain .Com. Boleh beli dari NameCheap juga. 

Oklah, sekian dulu untuk kali artikel kali ini. Aku masih nak rekomenkan korang untuk mendapatkan IMFlippa dan IMFlippa2 ini. Tapi produk ini mungkin tidak sesuai untuk yang masih belum tahu asas mengenai WordPress, hosting dan domain. Kalau dulu (tahun 2009), aku pun pening dengan benda alah semua ni...huhu..



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails