TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, April 27, 2013

Home » , , , , , , » Cari Duit Online lebih manis bila...

Cari Duit Online lebih manis bila...

Salam hujung minggu aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Semoga korang gembira bersama dengan keluarga tersayang di sana. Sokongan keluarga amat penting dan paling manis adalah apabila keluarga kita menyokong apa yang kita minat dan suka. Mummy aku adalah seorang yang sangat sporting dengan apa yang aku lakukan sekarang ini. Ada satu ketika cek bernilai RM11.38 sampai ke rumah aku. Cek itu kemudian aku tunjukkan kepada Mummy aku. Aku cakap mesti Mummy gelakkan aku sebab dapat cek bernilai 2angka sahaja. "Syukurlah dapat RM11.38 tu, ingat ada orang mau bagi duit banyak tu? Ingat boleh korek di tanah dapat duit tu." Moralnya, jangan pandang sebelah mata duit yang sedikit. Duit yang sedikit hasil usaha sendiri lebih manis daripada duit berjuta-juta hasil menipu orang, merompak, skim cepat kayap dan sebagainya yang boleh merosakkan tanggapan kita terhadap wang. Lebih manis lagi, bila usaha kita itu dihargai keluarga, tidak diperlekehkan malah kita didoakan untuk mendapat kelancaran supaya hasil usaha kita itu dilipatgandakan.. Salam hujung minggu semua dan jangan lupa luangkan masa bersama keluarga tersayang.. Salam sayang dari Bluedianthus Dot Com. :)
P.s Aku bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami minat aku dalam bidang keusahawanan secara online. Dia juga ada like Fanpage Bluedianthus.Com ni, kalau Mummy terbaca mesti dia terharu..hehe.. Aku juga doakan korang yang mempunyai minat yang sama seperti aku, berjaya dalam bidang ini. Doakan aku juga ya. Dan ya, doakan aku untuk diberikan idea penulisan yang baik supaya aku dapat memberikan perkongsian kepada semua pembaca blog ini. Semoga segala pengisian di dalam blog ini dapat sedikit sebanyak memberikan maklumat kepada korang di sana. Sama-samalah kita belajar ya.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails