TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, March 29, 2013

Home » , , , , , » Kemaskini Nuffnang Mac 2013

Kemaskini Nuffnang Mac 2013

Agak lama aku tidak mengemaskini apa-apa di blog Bluedianthus Dot Com ini. Apapun, bersyukur aku kerana masih mampu menulis untuk yang kesekian kalinya. Andai kata tidak ada lagi artikel yang aku terbitkan di blog ini, aku harapkan biarlah ianya menjadi perkongsian aku sehinggalah blog ini tidak wujud lagi di dunia... Ajal itu pasti..sekadar mengingatkan diri sendiri dan korang yang sedang membaca artikel ini. :)

Kemaskini ini memang aku wajib terbitkan sebab sudah terbiasa untuk dikongsikan bersama dengan pembaca dan juga korang yang sentiasa memberikan semangat untuk aku dalam berkarya. Jangan risau, aku  tak pergi berperang Encik Ardmad.. :) Ada 3 Buffered Earning (BE) untuk bulan Mac ini. BE ke-88 ialah iklan Asro Fear Factor Selebriti yang sudah pun dikreditkan earningnya. Tak banyak, syukur.. BE-89 iaitu British Council UK dan BE ke-90 iaitu Sunsilk Sleek masih berjalan. Tapi entahlah sampai sekarang iklan BE ke-90 masih belum ada earning.

Apapun, aku bersyukur dengan apa yang diberikan. Lagipun, bukannya aku ada mengemaskini blog ini. Semua pun sibuk dengan berita pencerobohan di Lahad Datu. Jangan risau, sebenarnya keadaan di tempat lain masih terkawal terutamanya di bahagian Kota Kinabalu. Aku tinggal dekat dengan kawasan Tuaran, jarak sejauh 400 lebih kilometer dari bandar Lahad Datu. Tapi memang sejak sebulan lalu di kawasan aku ada pemeriksaan polis di kawasan tempat tinggal aku kerana ia merupakan kawasan utama keluar masuk jalan darat ke Ranau, Kundasang, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Jadi pemeriksaan sentiasa ketat.

Oklah, sekian dulu artikel ringkas pada kali ini. Semoga ia dapat menghilangkan kerinduan korang terhadap aku dari negeri di bawah bayu ini. Aku sayang korang semua. Jaga diri dan hiasi peribadi. Salam sayang hanya dari aku di Bluedianthus Dot Com...




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails