TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, February 8, 2013

Home » , , , , , » [REVIEW] Buat Duit Dengan Freelance Blogging : Diari Aqif Azizan Terbongkar

[REVIEW] Buat Duit Dengan Freelance Blogging : Diari Aqif Azizan Terbongkar

Salam sejahtera dan syukur kita dapat bertemu sekali lagi di dalam Bluedianthus Dot Com. Banyak perkara yang berlaku sebelum aku dapat menulis artikel ini. Apapun, aku doakan dan harapkan korang di sana sihat-sihat hendaknya. Tidak lupa juga aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang bakal menjelma minggu hadapan. Berhati-hati di jalan raya dan jangan makan banyak sangat...hehe..

Baiklah, seperti yang korang lihat pada gambar di atas. Aku sudah memiliki buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging buah tangan daripada seorang anak muda yang berbakat besar dalam bidang penulisan, saudara Aqif Azizan. Ya, beliau juga seorang blogger tapi kelasnya tentu lebih tinggi daripada aku yang hanya menulis blog secara sambilan dan kadang kala tidak konsisten dalam menerbitkan blog. Aku merupakan antara orang terawal yang mendapatkan buku beliau. Oh, dan juga tandatangannya. Terima kasih AqifAzizan.Com. Artikel ini tidak dibayar dan aku tidak dipaksa pun untuk menulis review daripada beliau. Buku ini sudah berada dalam simpanan aku sebelum artikel ini ditulis. Aku sudah pun habis membaca buku ini sebulan lebih yang lalu. :)
"Anda Juga Penulis Jutawan"
Di dalam buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging ini, terdapat 18 bab yang akan memberikan banyak ilmu kepada para blogger tidak kiralah samada blogger lama ataupun blogger baru. Aku yakin blogger lama pun akan ada ilmu baru yang akan diperolehi sejurus selepas selesai membaca buku ini. Sebenarnya ada 19 bab semuanya tapi bab 19 tu adalah bab bonus iaitu Teknik Merangsang Idea Tanpa Henti. Aku rasa semua perkara berkaitan dengan Freelance Blogging ini sudah dikupas dengan terperinci tetapi dalam bahasa mudah difahami oleh setiap pembaca. Penyampaiannya jelas dan terus kepada maksudnya. Buku setebal 179 halaman. Semua ilmu yang disampaikan memang bagus. Tetapi ada empat topik yang menarik perhatian aku.


1. Sistem KPI Memajukan Freelance Blogger : Dalam bab ini aku mempelajari ada empat sasaran utama yang diperlukan dalam sistem kerja sebagai seorang freelance blogger. Tapi sebelum itu kena ada tiga panduan yang perlu difikirkan sebelum menetapkan sasaran. Sistem KPI ini juga bersifat fleksibel, jadi ia dapat diaplikasikan oleh semua blogger. Kalau diaplikasikan sebagai panduan untuk blog peribadi pun boleh, tak ada masalah.
Maaf sebahagian kandungan terpaksa di"blur"kan

2. Rahsia Mengukuhkan Jenama Diri : Bahagian ni pun awesome. Yang ini aku memang terlepas pandang la. Aku memang tahu ianya dapat mengukuhkan jenama diri, tapi bagi aku aku tak kisah sangat benda tu. Apakah itu? Dapatkan sendiri buku ini untuk mengetahuinya.
Jenama Diri: Bluedianthus. :)

3. Tujuh Lubuk Buat Duit Di Malaysia : Bab ni memang aku yakin akan menarik perhatian semua blogger. Niche Buat Duit memang popular di Malaysia dan menjadi satu trend. Terbaru, buat duit dengan Facebook, memang trending sekarang ni di Malaysia dan juga seluruh dunia. Tapi dunia blogging juga tidak kurang hebatnya. Ia masih mendapat carian antara yang tertinggi dengan carian Buat Duit Dengan Blog. Kerjaya freelance blogger boleh dipromosikan melalui tujuh cara menurut saudara Aqif. Salah satu kaedahnya tentulah menggunakan kaedah blogging itu sendiri.
Dunia blogging itu luas..

4. Tujuh Cara Mencipta Momentum Kerja Berterusan : Dalam bab ini, ada tiga sebab mengapa momentum kerja dalam blogging menurun dan salah satunya ialah terlalu banyak menulis dan tidak menyeimbangkan antara aktiviti membaca dan menulis. Ini ada kebenarannya. Menjadi seorang blogger yang mempunyai banyak blog untuk dikemaskini menyebabkan idea aku semakin berkurangan. Selain itu, kesibukan mengemaskini blog lain juga menyebabkan blog aku yang lain terabai. Begitulah yang berlaku kepada blog Bluedianthus Dot Com ini. Blog ini merupakan blog teratas di hati aku di antara lebih 30 blog yang aku kendalikan, rasa bersalah aku kepada blog ini dan juga kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.

Ada bonus dalam Bab 19 iaitu Teknik Merangsang Idea Tanpa Henti. Ada tiga teknik yang dikongsikan oleh saudara Aqif dalam mendapatkan idea dalam penulisan. Teknik yang paling asas tentunya korang pun tahu kan. Membaca bahan bacaan.. Membaca dan terus membaca.. Dengan itu kosa kata serta pengetahuan kita akan bertambah dan kita akan ada idea yang mungkin boleh timbul di fikiran kita pada bila-bila masa.

Keseluruhannya, aku rasa berbaloi mendapatkan buku hasil Aqif Azizan ini. Buku ini juga antara koleksi yang aku rasa bertuah memilikinya. Aku juga bersyukur kerana dapat membaca buku ini dalam hidup aku. Aku juga bersyukur sebab tahu membaca. Kalau tidak, memang rugilah aku..huhu... Kalau korang nak dapatkan buku ini, boleh terus hubungi saudara Aqif melalui Profil Facebook Aqif Azizan sendiri. Jangan takutlah, dia ni peramah orangnya, macam aku..hehe.. :)

Bluedianthus: Buku yang harus dimiliki oleh semua blogger..



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails