TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 21, 2013

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang Februari 2013

Kemaskini Nuffnang Februari 2013


Hari ini sempat melihat keadaan akaun Nuffnang aku. Tidak banyak yang aku harapkan untuk blog yang jarang dikemaskini. Beralih kepada ilmu perniagaan yang lain secara online memerlukan fokus dan konsep diversifikasi (berselerakan) sebenarnya tidak begitu meyakinkan aku untuk mencuba. Walaupun blog ini tidak sepopular blog otai. Ya, memang mereka otai. Rangkaian blogger memang kenal mereka ni. AbangEnsem, DenaiHati, Titan, RedMummy, Kujie2, Rohaizad..Great Teacher Onizuka dan banyak lagi,.. Kalau nak berkenalan dengan mereka, taip saja di Google ok.

Sedikit kemaskini untuk pekembangan Nuffnang aku. Rupanya ada 2 lagi Buffered Earning (BE) yang baru di blog ini. Dan ada satu lagi BE yang berjalan sehingga ke hari ini. Tengoklah start date iklan Amway Nutrilite ini, dari 17 Disember 2012 lagi. Memang tak banyak, tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada. Apapun, terima kasih lagi kepada Nuffnang. Masih ternanti-nanti advertorial, tapi mungkin blog ini belum mencapai piawaian yang ditetapkan. 

BE masih berjalan...

Cuba korang perhatikan BE ke-85, CTR Bonus hilang kan. Sebabnya adalah CTR tidak mencapai 0.20% seperti yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang. Senang cerita, kurang orang klik iklan tersebut. Tapi earning masih berjalan kerana iklan ini adalah bentuk CPUV Campaign jadi tidak perlu orang klik untuk dapat earning. Mungkin ramai blogger yang memberikan tips kalau dapat BE, masa ini paling sesuai untuk tarik trafik supaya jumlah klik meningkat, earning juga akan meningkat kerana banyak impressions. Tapi mengikut pemerhatian aku, jumlah impressions untuk pelawat unik sudahpun ditetapkan untuk sesebuah blog yang dipilih untuk mendapat iklan berbentuk CPUV. Tapi betul, lebih banyak orang melawat ke blog, lebih tinggi potensi untuk iklan CPUV itu mendapat klik. Dengan itu CTR akan menaik dan CTR Bonus juga akan melonjak naik. Jadi, tak payahlah risau tentang jumlah pelawat unik yang tidak konsisten sepanjang blog kita mendapat BE. Iklan itu tetap akan berjalan sehinggalah jumlah impressions yang disetkan telah habis.


BE ke-86 Adidas BOOST Feb 2013

Adidas..memang aku tak perlu jelaskan jenama ini. Adidas telah mengeluarkan satu lagi kasut yang dikenali sebagai Adidas Energy Boost. Boleh terus ke laman web khasnya AdidasBoost.Com untuk pre-order kasut yang cantik dan menarik ini. Harga pre-order selalunya lebih murah daripada harga biasa. Sekarang ini semasa artikel ini ditulis masih ada 161 pasang kasut lagi. Cepat juga jualan berkurangan ya.

Ini adalah BE ke-87 iaitu U-Mobile Broadband Promotion. Ia adalah satu pelan Internet mobil yang boleh dilanggan dengan permulaan bayaran sebanyak RM18 dan RM28 sebulan. Bagi pelan RM48 sebulan, ia adalah sebuah pelan baru yang memberikan lebih kuota data dengan kelajuan yang lebih tinggi. Tidak dapat melayari Internet bukan lagi satu masalah. Tapi bila sudah ada kemudahan Internet tu, gunakanlah dengan sebaik-baiknya ya.

Habis sudah tujuan utama artikel ini ditulis. Jujur, artikel ini mempunyai 2 tujuan iaitu mengingatkan aku tentang prestasi blog ini dan juga memberikan motivasi kepada blogger baru yang baru memulakan hobi sebagai seorang blogger. Rezeki itu ada di mana-mana. Betulkan niat dalam berblogging dan rasai sendiri bagaimana ia akan membentuk diri kita seiring dengan peredaran masa.

Salam sayang dari Bluedianthus.Com


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails