TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, January 9, 2013

Home » , , , , , , , , » Turun Naik Harga Emas Sentiasa Cantik

Turun Naik Harga Emas Sentiasa Cantik

Salam sejahtera aku ucapkan buat semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga ceria dan bersemangat waja adanya. Aku yakin ramai yang mempunyai akaun ASN mahupun ASB sudah pun mengemaskini buku akaun masing-masing bermula pada 2 Januari yang lalu. 3 Januari lalu aku ada temankan Mummy aku untuk kemaskini akaun ASB nenek aku, tapi nombor giliran di bank dihadkan kepada 100 nombor sahaja. Begitulah resam kita, kalau duit masuk laju saja nak kemaskini. Kalau hutang, liat benar nak membayar. 

Apapun, bukan itu yang ingin aku kongsikan di sini. Sesiapa yang bergiat aktif khasnya mereka yang mengkaji indicator bagi turun-naik harga emas, mereka akan perasan bahawa trend emas mengalami downtrending iaitu kejatuhan harga yang agak sederhana. Masa yang sesuai untuk memborong emas. Baru-baru ini aku berkunjung ke sebuah shopping mall dan curi-curi pandang harga emas yang dijual di kedai emas berhampiran. 1gram RM180 memang harga piawai bagi barang kemas emas kerana mengambil kira upah kos pembuatan. Barangan kemas emas tentunya bukan merupakan pilihan utama pelabur. Jongkong emas dan dinar emas pilihan paling baik untuk pelaburan. 

Bagi pelaburan emas berdasarkan akaun simpanan emas,sekali lagi aku tegaskan Pelaburan Akaun Simpanan Emas berteraskan Islamik boleh diperolehi melalui Bank Kuwait Finance House (KFH). Bank Kuwait Finance House ini membolehkan korang melabur emas melalui akaun simpanan dan korang juga boleh melihat emas fizikal semasa transaksi dijalankan. Jadi ia menepati syariat Islam. Aku telah mendapatkan penjelasan daripada pihak Maybank tentang bolehkah kita mengeluarkan simpanan akaun emas dalam bentuk emas fizikal. Pihak Maybank mengatakan sememangnya dulu boleh, namun sekarang tidak ada transaksi lagi yang melibatkan emas fizikal. Jadi aku kira Pelaburan Emas Maybank ini akan kurang mendapat sambutan daripada golongan Melayu. Sama juga halnya dengan Pelaburan Perak Maybank yang tidak menyediakan pengeluaran simpanan perak dalam bentuk perak fizikal.
Sehingga 8 Januari 2013 ini, harga emas terus mengalami penurunan secara sederhana. RM164.77 segram merupakan yang terendah setakat ini dalam minggu kedua bulan Januari ini. Kalau mengikut pengalaman aku, biasanya harga emas akan jatuh lebih rendah pada hari Khamis. Tapi ini tak pasti, apapun aku akan mengikuti perkembangannya. Kalau ada rezeki akan menambah segram dua. Begitu juga dengan Akaun Pelaburan Perak Maybank. Harga perak juga turut jatuh, RM3.09segram. Minimum pembelian perak ialah 20gram, lebih kurang RM61++ la kan. Perak masih berada pada harga mampu milik berbanding dengan emas. Pilihan di tangan korang nak labur yang mana satu. :)

Emas fizikal secara keseluruhannya masih lagi berada antara pilihan utama para pelabur berskala besar dan juga pelabur kecil-kecilan. Sedikit pembacaan aku mengenai jangkaan pakar analisis emas dan juga jangkaan bank terkemuka dunia, mereka positif dan yakin harga emas akan melambung naik sehingga mencecah RM232.80segram. Rasanya tinggi sangat tu kan, tapi tak mustahil boleh berlaku khasnya bila terdapat pemulihan ekonomi dunia. Bulan Januari 2013 ini adalah masa sesuai untuk mengumpul seberapa banyak gram emas yang  mampu dibeli. Mungkin juga kena tunggu musim tahun baru Cina sebab masa ni harga emas akan turun. Kenapa, sebab berlakunya pembelian emas yang aktif khasnya barang kemas. Ala, semua wanita pun nak juga nampak bling-bling kan. Tak pun suami, kekasih atau tunang nak beli untuk buah hatinya.. :) Turun naik harga dalam pelaburan emas sentiasa cantik. Harga emas jatuh, kita kunci harga, kemudian kita beli. Harga emas naik, kita jual. Tak nak jual pun tak apa, kita boleh tunggu. Tunggu lama mana pun takkan rugi, sebab turun naik harga emas tetap menguntungkan kita. Emas kalis inflasi, kalau ada buat simpanan di ASB, jangan lupa juga untuk simpan emas atau perak. Kalau dah terlebih mampu bolehlah mengorak jauh lagi terutamanya dalam bidang Pelaburan Hartanah Tanpa Modal ataupun Hartanah Maya. :)

P.s: Simpan duit tak sama dengan simpan harta. Ayat ni seorang pakcik cakap dengan aku semasa aku menaiki teksinya di Johor Bahru November tahun lalu. Ternyata, kata-kata pakcik ni memang betul. (Oh, aku masih simpan kad bisnesnya,hehe..)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails