TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, January 3, 2013

Home » , , , » Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Salam Tahun Baru 2013. Semoga kedatangan Tahun baru ini akan lebih mematangkan kita semua. Sebelum itu aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada adik aku yang kini berada di Universiti Malaysia Sabah Cawangan Sandakan yang ke-22 hari ini. Semoga sentiasa sihat di samping pelajaran dan selamat menduduki peperiksaan akhir semester, semoga dapat menjawab setiap soalan dengan jayanya. Aku yakin kau pasti boleh.

Dari perspektif seorang blogger, aku telah sasarkan untuk menulis sebanyak 3 artikel setiap minggu untuk blog Bluedianthus Dot Com. Mudah-mudahan.. Tidak lupa aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan kepada aku untuk memberikan servis pengiklanan serta khidmat penulisan review aku untuk diterbitkan di blog ini. Aku sangat menghargai semuanya itu, dan aku telah kemaskini juga bahagian bar Tempah Iklan iaitu pelanggan sebelumnya akan mendapat diskaun 10% untuk tempahan seterusnya. Juga kepada subscriber blog ini, korang merupakan rakan yang telah melihat jatuh bangun aku sebagai seorang blogger di dunia blogging. Walaupun aku jarang membalas komen korang, aku harap korang tak kecil hati dengan aku. 

Tidak lupa aku panjatkan kesyukuran dan berterima kasih kerana aku masih diberikan peluang untuk menulis di blog ini. Aku harapkan sedikit sebanyak blog ini mampu memberikan informasi dan maklumat yang korang perlukan dan juga ingin belajar dalam dunia blogging khasnya dalam dunia buat duit melalui Internet. Apa saja yang aku kongsikan di sini adalah secara ikhlas dan saranan untuk korang membeli produk adalah secara soft-selling dan tidak ada niat untuk memaksa korang membeli. Perlu juga aku ingatkan, hasil daripada aplikasi sesuatu produk seperti panduan dalam ebook itu tidak sama. Tapi itu tidak bermaksud panduan dalam ebook itu tipu dan dusta semata-mata. Tapi yang penting sekali ialah, kita telah belajar sesuatu daripada panduan tersebut.

Apapun, hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Mudah-mudahan kita semua mendapat sesuatu untuk dipelajari di tahun 2013 ini. 

P.s: Terima kasih kepada Daddy dan Mummy yang sentiasa memahami anaknya yang selalu tidur lewat kerana mengemakini blog-blognya.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails