TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 18, 2013

Home » , , , » PageRank, Alexa dan Backlinks

PageRank, Alexa dan Backlinks

Salam sejahtera untuk semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog ini. Untuk mereka yang telah menghantar permohonan untuk dimasukkan di bahagian Backlinks blog ini, aku akan semak dalam hujung minggu ini kalau tidak ada aral melintang. Manalah tahu adik-adik aku bawa main boling Ahad tu, hehe.. Aku juga akan semak samada ada atau tidak link blog aku di blog korang. Tak adillah kan kalau aku letak link blog korang di blog aku dan korang tak letak pun link blog aku di bahagian Backlinks/Bloglist korang. Untuk makluman korang juga, bahagian Backlinks blog aku cuma mempunyai PageRank 1 atau PR1 ya. Walaupun laman utama (homepage) blog ini adalah PR2, tapi inner PR bagi bahagian Backlinks hanyalah PR1. Aku jelaskan di sini siap-siap supaya tidak timbul kekeliruan di masa akan datang. 

Backlink memang elemen penting dalam menaikkan sesuatu laman web ataupun blog. Jadi tidak hairanlah banyak perkhidmatan menjual dan menyewa link di blog-blog yang mempunyai PR4 dan ke atas. Kalau blog aku ni memang orang tengok blog picisan sahaja..hehe.. Kemaskini PR yang terakhir adalah pada bulan November tahun 2012. Mengikut sumber yang diberikan oleh myblogtips.org bagi kemaskini PR Tahun 2013:
  • Kemaskini pertama mungkin di antara 28 Januari - 6 Februari
  • Kemaskini ke-2 mungkin di antara 27 June - 7 Julai
  • Kemaskini ke-3 mungkin di antara 29 September 29 - 4 Oktober
  • Kemaskini ke-4 mungkin di antara 24 Disember - 29 Disember
Jadi ada 4 kali peluang untuk kita semua menaikkan PR blog kita dalam tahun 2013 ini. Aku mengharapkan agar tahun ini blog Bluedianthus Dot Com ini akan naik ke PR3. Selain itu mengharapkan akan lebih banyak iklan Nuffnang yang lebih targeted untuk blog ini. Walaupun bukan jenis iklan CPUV, tapi iklan yang berkaitan dengan artikel yang aku tulis supaya memberi nilai tambah kepada para pembaca blog ini. Dari segi Alexa Rank, tidak banyak yang aku harapkan kerana aku hanya tetapkan mengemaskini artikel 3 artikel seminggu dan kadang-kadang hanya 2 artikel. Jadi proses mengecilkan Alexa Rank akan sedikit sukar. Jadi aku tak letak sasaran apa-apa. Kalau korang nak belajar menurunkan Alexa Rank, sila belajar dengan rakan blogger aku yang steady, titan. Takpun korang baca saja artikel-artikel lepas berkaitan bagaimana beliau mendapatkan Alexa Rank yang kacak. Banyak yang dikongsikan oleh titan. Aku yakin tak rugi korang membaca blognya, cuma sesiapa yang tak dapat menerima penggunaan beberapa perkataan yang sedikit ganas tu, mungkin blog titan tu bukan untuk korang.

P.s: Salam berhujung minggu untuk semua..berhati-hati di mana jua korang berada. 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails