TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, January 23, 2013

Home » , , » Merendah Diri, Serendah Mana?

Merendah Diri, Serendah Mana?

Aku tak pasti dah berapa puluh kali aku menonton cerita Do Re Mi ni. Tapi lawaknya tetap menghiburkan aku sekeluarga. Tapi ada jugalah adegan yang aku tak berapa nak minat seperti ada satu babak dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Itu biasa, mana boleh nak puaskan hati semua orang kan. Tapi itu bukanlah perkara yang ingin aku tekankan di sini. Setinggi manapun kedudukan kita di mata masyarakat..kesemua itu tidak akan dapat kita bawa bersama apa bila kita meninggalkan dunia ini. Semua kemewahan dan kenikmatan duniawi ini hanyalah pinjaman sementara yang diberikan kepada kita. Jadi, wajiblah kita sebagai seorang insan memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Tidak perlu berpangkat besar seperti Dato, Datuk, Datin, Tan Sri, korang letaklah apa  lagi gelaran yang ada di dunia ni. Ya, ketiga-tiga seniman di atas ini, yang tinggal hanyalah lakonan mantap mereka dalam banyak filem. Korang mesti ingat filem Anakku Sazali kan? Ya, Re dan Mi tak ada dalam filem ni. :) Mesejnya begitu sarat dengan pengajaran. Tersalah didik anak padah akibatnya, bercakap bohong lama-lama mencuri, melentur buluh biar dari rebungnya..semua nilai moral digarap dengan baik dalam filem ini. Hidup ini suatu pembelajaran yang berterusan dan antara aura positif yang dihasilkan adalah sifat merendah diri. Merendah diri serendah mana? Merendah diri supaya kita tidak lupa diri, lupa asal usul kita. Dalam kata lain, sedar diri dan dapat membezakan antara daratan dan lautan..hehe.. Tapi tidak pula terlalu merendah diri sehingga nilai diri diinjak-injak orang sehingga maruah diri diperlekehkan.

P.s: Tak dapat aku bayangkan cerita Do Re Mi ni dalam versi TV berwarna. Selalu tengok monokrom..:)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails