TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, January 5, 2013

Home » , , , , , » Kemaskini Nuffnang Januari 2013

Kemaskini Nuffnang Januari 2013

Salam bertemu kembali kita pada hujung minggu yang indah ini. Sudah lama aku tidak menjenguk akaun Nuffnang aku. Yalah kan, nak jenguk akaun Innity belum mampu lagi macam blogger yang terkenal di luar sana. Apapun, semua itu kan rezeki masing-masing. Tak ada apa yang perlu dirisaukan, selagi ada kudrat untuk berblogging di zon sendiri, lakukan saja. Paling penting, dunia blogging di Malaysia tidak memerlukan satu lagi blogger seperti pemilik Bluedianthus Dot Com ini..sebab semua blogger mempunyai kekuatan dalam penulisannya tersendiri. Dan korang yang bergelar blogger, mungkin lebih senior daripada aku, mungkin  juga seperjuangan dan sezaman dengan aku, ataupun yang dah setahun berblogging, tentunya tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing kan.

Agak lama tidak melihat akaun Nuffnang, tak tahu apa yang terjadi dengan earning. Yang pasti, aku tahu ianya adalah tabung maya yang mampu memberikan aku motivasi untuk terus berblogging. Kali terakhir aku mengemaskini akaun Nuffnang aku adalah pada 9 Disember. Korang boleh lihat perkembangannya di artikel Kemaskini Nuffnang Disember 2012. Apa yang aku tertinggal adalah, ada Buffered Earning baru yang telah pun bertukar menjadi Metered Earning iaitu Buffered Earning ke-82, RWGenting-REJOICE. Kalau aku tak silap, iklan tu adalah berkenaan dengan percutian ke Genting. Maklumlah, Disember tu kan musim cuti sekolah.


Selain itu, ada 3 lagi Buffered Earning yang baru di dalam blog ini. BE ke-83 iaitu Amway Nutrilite yang berkaitan dengan nutrisi makanan tambahan untuk menjaga kesihatan. Produk keluaran Amway. Jenama yang sudah kukuh, tapi masih giat memasarkan jenama mereka. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Nutrilite ini, korang boleh terus saja ke Fanpage Nutrilite Malaysia. Banyak perkongsian yang diberikan di sana.

Ok yang di sebelah ini adalah BE ke-84 iaitu Sunway Education Application.Universiti Sunway akan mengadakan hari terbuka pada 5 Januari ini. Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sunway bolehlah ke sana. Ada taklimat ringkas mengenai latarbelakang Universiti Sunway ini. Selain itu, pihak universiti juga akan memberikan taklimat ringkas mengenai kursus serta bidang pengajian yang ditawarkan di sana. Kalau ada sesiapa yang ada masa senggang dan berminat nak teruskan pengajian di sana, bolehlah datang seawal 10pagi hingga 4petang ini. Korang juga boleh tahu senarai biasiswa yang ditawarkan untuk belajar di sana. Berminat terus saja ke laman mereka, Sunway University Open Day 2013.

BE ke-85 ni aku tak perlu nak jelaskan panjang lebar. Tengok iklan ni pun dah tahu kan. Top Up Mobile & Win. Hadiahnya tentulah berkaitan dengan gajet juga. Ada Samsung Galaxy dan juga telefon pintar. Cabaran ni berlangsung dari 16 Disember 2012 sehingga 15 Mac 2013 ini. Masih lama lagi dan korang boleh sertainya. Adakah ini bermaksud iklan ini akan melekat sehingga 15 Mac ini? Mudah-mudahan..amin..

Ok, sekian saja kemaskini Nuffnang pada kali ini. Aku doakan earning korang juga masyuk-masyuk hendaknya. Tak kira dengan komuniti mana sekali pun korang sertai. Nuffnang, Innity, Advertlets dan sebagainya. Setakat ni tu saja yang aku tahu..hehe.. Blogging itu indah nian kan.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails