TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, December 13, 2012

Home » , , , , , » Rezeki Blogging Itu Luas..

Rezeki Blogging Itu Luas..

Perhatikan nama orang yang menghantar fund Paypal ke akaun Paypal aku. Ya, yang aku bulatkan dalam screenshot tu. Setakat ini sudah $70 aku perolehi daripada orang ini. Ok, memang jumlah ini nampak sedikit untuk korang kan. Tetapi bagi aku ia adalah satu rezeki yang berharga bagi aku. Ianya lebih merupakan penghargaan kepada aku dalam bidang blogging. Ya, bayaran ini adalah daripada aktiviti blogging dan pastinya daripada blog berbahasa Inggeris. Tapi, ianya adalah sebahagian saja dari cerita untuk mendapatkan pendapatan sampingan berterusan seperti ini. Duit yang diperolehi hanyalah sebagai ukuran kecil kejayaan dalam dunia blogging. Yang manisnya adalah prosesnya. Ada masa aku akan kongsikan sedikit kronologi mengenai bagaimana aku mendapatkan sedikit duit dollar dari blogging ini. 
$70 yang bermakna..syukur..

Memanglah, ada kebaikan dan juga keburukan untuk blog-blog aku. Salah satunya, PageRank blog di bawah kuasa Google. Tak boleh nak buat apa-apa kalau Google nak slap PageRank blog aku. Kedua, tahap kerajinan aku menurun kerana ada artikel berbayar yang hanya tunggu untuk aku terbitkan. Maknanya, aku tak perlu menulis sendiri untuk mengemaskini blog-blog yang ada. Berblogging ini juga umpama satu cabaran, satu blog jatuh, kita harus bangkit dengan 10 blog lagi. Nak takut apa kan. Tapi di sinilah pentingnya kuasa untuk memiliki domain dan hosting berbayar sendiri. Paling seronok, bila sesebuah blog itu mula menjana income, bolehlah jual blog itu di Flippa.Com untuk mendapatkan wang segera. Tak tahu caranya bolehlah dapatkan Panduan IMFlippa (lebih kepada jual autoblog) ataupun Panduan IMFlippa2 (jual blog webservice). Rezeki blogging itu luas..

P.s: Jom sokong Malaysia menentang Thailand malam ini. Kuasa sebenar ada di minda kita.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails