TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, December 30, 2012

Home » , , , , » Rezeki Blogging Itu Luas Bahagian 2...

Rezeki Blogging Itu Luas Bahagian 2...

Salam berhujung minggu dan semoga korang semua masih berada dalam keadaan yang sihat, tenang dan bahagia menjalani kehidupan masing-masing walau di mana sahaja korang berada. Kepada korang yang ditimpa musibah banjir, aku bersimpati dan berharap agar musim banjir cepat berlalu dan korang dapat menjalani kehidupan normal semula. Mungkin ada kekurang sana sini, tetapi rasa bersyukur itu harus selalu ada kerana masih diberikan nafas untuk berjuang dalam kehidupan. Musim-musim banjir ni, jangan lupa untuk mengawasi adik-adik yang masih kecil yang memang suka sangat bermain dengan air. Kena jelaskan kenapa tak boleh bermain dengan air banjir, kesan banjir tu dan lain-lain yang bersifat mendidik. Bukannya main jerit sampai semua orang kampung dengar. Oppss..

Lebih kurang 48jam sahaja lagi sebelum tahun 2012 meninggalkan kita, bersemangat pula untuk mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini. Ramai juga rakan blogger dan subscribers blog ini yang bertanyakan bila artikel terbaru diterbitkan. Baiklah, ini adalah kesinambungan artikel Rezeki Blgging Itu Luas. Kalau korang masih belum baca, boleh baca dulu. 2 minit pun dah siap baca. :) 27hb dan 28hb Disember aku menerima sebanyak $45 daripada orang yang sama aku ceritakan di artikel Rezeki Blgging Itu Luas. Syukur, rezeki tetap ada untuk blogger kecil-kecilan seperti aku. $45 ini adalah untuk 6 artikel yang diterbitkan di beberapa blog bahasa Inggeris aku. Ya, semua blog itu mempunyai PageRank, di mana ianya menjadi kesukaan pengiklan. Secara purata, 1 artikel berharga $7.50, lebih kurang RM22.50.
Terima kasih "Ryan".

Ok, kembali kepada kronologi bagaimana aku mendapatkan peluang artikel berbayar ini. Ini berlaku dengan cara "approach" daripada pihak pengiklan itu sendiri. Aku senaraikan mana yang patut kat sini. Mungkin satu hari nanti, korang juga akan mengalami perkara yang sama macam aku. Bolehlah korang uruskan transaksi dengan baik dengan panduan asas aku ni. Macam tutorial pula kan.. :)

Kronologi Artikel Berbayar Melalui Direct Approach dari Pengiklan

1) Pada 28 September 2012, aku menerima email daripada seseorang bernama Brandon. Rasanya, itu email kedua atau ketiga yang aku terima. Aku mulanya tak yakin, ingatkan scammer.. Biasalah, kita manusia biasa takkan mudah percaya dengan orang kan. Apatahlagi dengan orang yang tak pernah kita jumpa. Tapi ada alamat sekali, Los Angeles. Macam sahih je..


2) Jadi aku pun membalas email beliau ringkas, siap letak alamat juga...hehe.. Aku buat banyak blog, jadi aku tanya blog mana dia nak letakkan artikel berbayar tu.

3) Bab nak tunggu dia balas email aku paling tak tahan. Aku pula dah lupa yang aku ada balas email Mr. Brandon ni. Mana taknya, aku balas emailnya 28 September, dia balas balik 25 Oktober. Nak dekat sebulan. Sampai aku anggap dia dah tak minat nak bagi artikel berbayar ke blog aku. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Aktiviti mengemaskini blog bahasa Inggeris tetap diteruskan seperti biasa. Kali ini, panjang lebar email yang diberikan. Paling penting, nama aku disebutkan. Hi Warnnie, rasa teruja..haha.. Tapi mata aku cepat saja tengok bahagian pembayaran. Paling penting, PageRank naik, bayaran untuk artikel juga akan naik. Adil kan. Boleh tahan juga tawarannya.

4) Disebabkan aku buka email dari handphone aku, balasan email tak berapa cantik. Aku mula memperkenalkan blog-blog bahasa Inggeris yang aku miliki beserta dengan PageRanknya sekali. Kemudian aku jelaskan lagi yang tawarannya memang cantik. Padahal aku sudah mendapat peluang serampang 2 mata. Dapat duit dan tak perlu susah payah nak tulis artikel unik di blog aku. Maksudnya ada orang akan tolong kemaskini blog bahasa Inggeris aku. Sudah boleh jimat masa untuk perkara lain.

5) Encik Brandon kemudiannya meminta email Paypal untuk tujuan pembayaran.

6) Dan aku berikan maklumat yang diperlukan.

7) Balasan terakhir dari Mr. Brandon pada 31 Oktober 2012.

8) Selepas 20 hari, barulah transaksi artikel berbayar dijalankan. Selesai aku terbitkan artikel di blog, bayaran akan dimasukkan ke akaun Paypal. Dan seterusnya..seterusnya.. Tapi kali ini aku tidak berurusan dengan Mr.Brandon lagi tapi dengan seseorang bernama Thuy Vy. Perempuan kot..macam nama orang Vietnam je..hehe.. Artikel yang dihantar adalah dalam format HTML. Jadi aku kena pandai-pandai sesuaikan di blog aku. Lepas dah terbitkan artikel dalam blog, kena hantar permalink  untuk artikel tu. Setelah pihak mereka review artikel tu, barulah pembayaran akan dimasukkan dalam Paypal.

Buat masa sekarang, transaksi ini masih berlangsung. Tapi mungkin juga akan terhenti dengan sendirinya, aku pun tak tahu. Tapi disebabkan korang dah tahu macam mana aku mendapat rezeki ini, rasanya pada masa hadapan aku tak nak tunjuk lagi screenshot pendapatan Paypal yang tak seberapa ni. Biarlah rahsia..:) Aku harapkan juga korang juga akan mendapat semangat baru setelah membaca entri pada kali ini. Blogging itu luas dan rezeki ada di mana-mana. Teruskan berblogging tanpa tekanan. perlahan-lahan duit tu akan datang sendiri. Tak lupa juga aku ingatkan, ringan-ringankan tangan untuk memberi derma secara online. Kenapa online? Sebab orang lain tak nampak, kebaikan itu kadang kala tidak perlu ditunjukan secara terang-terangan. Cukup sekadar hati yang ikhlas untuk membantu sesama manusia. 

p/s: Jangan lupa dapatkan Panduan IMFlippa2 serta IMFlippa untuk mendapatkan ilmu bagaimana berjual beli blog atau laman web di Flippa.Com. Pada aku, blogger wajib ada panduan buat duit IMFlippa2 ini. Nak lagi advance, korang jangan lupa sertai Webinar Buat Duit Dengan Hartanah Maya 2013. Bluedianthus Dot Com hanya menyarankan produk yang terbaik dari pasaran perniagaan Internet tempatan. Rasanya sekarang hanya tinggal 82 kekosongan lagi. RM199 tu rasanya tak berbaloi, kena naikkan harga lagi sampai RM300..hehe..

Produk Buat Duit Terbaik 2012 Pilihan Bluedianthus!!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails