TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 5, 2012

Home » , , , » Keremajaan Hanya Sekali

Keremajaan Hanya Sekali

Salam manis di bulan Disember. Tahun 2012 sudah semakin tenat dihimpit waktu. Rasa macam baru semalam aku menyambut tahun baru. Bagaimana dengan azam korang yang korang rancangkan? Semoga adalah yang berjalan walaupun tidak 100% tercapai. Tak apa, masih ada 26 hari lagi sebelum Tahun 2013. 

Dari segi blogging, aku cuma banyak mengemaskini blog-blog berbahasa Inggeris aku yang lain hingga terabai blog yang satu ini. Subscribers pun turun naik saja kebelakangan ini. Apapun, aku masih berterima kasih kepada korang semua yang masih lagi setia berlegar membaca artikel aku yang lain. Sekarang ni tengah demam dengan Piala AFF Suzuki, aku pun tak ketinggalan menyokong pasukan kita Malaysia. Blog-blog di Malaysia ni pun turut sama berlumba menerbitkan entri berkaitan dengan Piala AFF ni. Tapi kalau boleh, berikanlah kelainan pada penceritaan dalam blog korang. Baru orang yang membaca entri korang pun rasa sentuhan penulisan korang yang berbisa. Cewah..hehe..

Baiklah, di kesempatan ini aku ingin berpesan kepada sesiapa yang baru sahaja selesai menghabiskan peperiksaan SPM ataupun mungkin akan menghabiskan kertas peperiksaan terakhir SPM tidak lama lagi. Begitu juga yang ambil SPVM, STPM rendah dan atas. Jangan lupa jaga diri baik-baik. Yang dipanggil untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, jaga diri baik-baik. Bukan sedikit kes yang aku nampak kat televisyen, dengar kat radio mengenai kes kehilangan nyawa, kecacatan kekal, pembunuhan, kes rogol dan banyak lagi kes ngeri yang lain berkaitan dengan remaja. Aku sedih dan sayu melihat kes-kes sebegini. Terbaru kes di Sabah adalah mengenai pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kota Marudu, Sabah. Gadis malang tu adalah kawan kepada adik bongsu aku. Adik bongsu aku ni baru saja selesai menduduki SPM kelmarin. 

Pesan aku juga kepada semua ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang.. Awasilah anak korang atau adik korang kalau mereka nak ke mana-mana. Tengok dengan siapa mereka berkawan. Ini bukan mengongkong, ini namanya mengambil berat. Bagi remaja-remaja terutamanya yang masih belasan tahun ni, jangan keluar tanpa berteman, bahaya ada di mana-mana. Jenayah sekarang ni tak kira masa, siang atau malam kalau nak buat jenayah, mereka akan go on saja. Korang kan dah diajar di sekolah, nasihat orang tua ni tak rugi kalau ikut sebab selalunya mereka ni selalu betul. Zaman remaja hanya sekali, tetapi zaman remaja itulah yang paling susah nak ikut rasional dan pertimbangan yang betul. Memang cobaan betul kan?

Remaja yang ada kat Malaysia ni bakal menerajui negara satu hari nanti. Perlulah menjaga diri dari sekarang. Teknologi memang dah maju, tapi apalah ertinya kalau kelakukan dan tingkahlaku juga semakin biadap, akhlaknya semakin merundum dan kesusilaan yang pudar. Sadis kan. Setinggi mana pun jawatan kita, setinggi manapun tahap pendidikan kita, kalau perasaan bongkak dan takbur menguasai diri..percayalah..kita tidak akan ke mana-mana..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails