TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, December 9, 2012

Home » , , , , , » Kemaskini Nuffnang Disember 2012

Kemaskini Nuffnang Disember 2012

Salam hujung minggu buat semua.. Dengan kelajuan Broadband Celcom 50kbps di kampung tercinta, terasa ringan jari jemari menulis artikel pada kali ini. Bulan lalu dan bulan ini memang banyak sambutan ulangtahun kelahiran yang aku raikan bersama dengan keluarga. Jemputan perkahwinan juga tidak kurangnya. Maklumlah hujung tahun dan musim cuti sekolah, memang timing yang cantik untuk melakukan majlis-majlis tersebut. 

Sempat juga aku memeriksa akaun Nuffnang tadi, rupanya sudah ada Buffered Earning yang baru diberikan oleh Nuffnang iaitu Buffered Earning ke-81 iaitu Maxis Roaming Peace. Seperti biasa, earning sen-sen saja. Tapi sangat berharga, dah boleh bayar tol parking kereta..hehe..
BE ke-81 Maxis Roaming Peace

Bercerita mengenai iklan Maxis Roaming Peace ini, korang boleh terus ke laman web Maxis dalam ruangan International Roaming. Aku bukanlah penggguna Maxis, jadi aku tak dapat nak ceritakan pengalaman aku berkaitan dengan kemudahan roaming ni. Korang boleh baca perkhidmatan yang ditawarkan kat laman web tu.

Selain itu, aku juga baru saja cashout untuk satu akaun Nuffnang rakan aku. Oh, sudah tentu bukan aku yang akan mendapat duit tu. Apapun, aku gembira dia bakal mendapat Cek pertama dari Nuffnang setelah 2 tahun berblogging. Duit yang susah diperolehi lebih dihargai. Aku tahu rasanya.. Aku jaga akaun dia saja..dia cuma berblogging dan rasanya dia tak ingat pun akaun Nuffnang dia ni, hehe.. Apapun, aku ucapkan tahniah kepadanya.
Lepas tolak RM1, tinggallah RM49.90.

Oklah, sekian saja kemaskini. Rajin aku mengemaskini blog hari Ahad ini kan. Aku doakan earning Nuffnangers lain juga menaik dengan jayanya. Blogging itu kan indah nian. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails