TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, November 19, 2012

Home » , , , , » Buat Duit Online: IMFlippa Masih Relevan?

Buat Duit Online: IMFlippa Masih Relevan?

Salam sejahtera dan semoga korang semua yang masih mengikuti perkembangan blog Bluedianthus Dot Com ini sihat hendaknya. Kira bersyukur juga sebab aku dapat mengemaskini blog ini setelah sekian lama. Aku ada masa juga untuk mengemaskini blog-blog aku yang lain, tapi untuk blog ini aku terabai. Terima kasih juga kepada yang bertanyakan aku melalui email dan Facebook untuk artikel terbaru dari blog ini.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, aku sentiasa bersetuju bahawa Produk IMFlippa dan IMFlippa2 keluaran Cikgu Hafis ini masih relevan dan boleh digunapakai dalam proses menjual-beli di Flippa.Com. Buktinya, boleh tengok di bawah ini adalah blog ke-5 yang berjaya aku jual di Flippa. $160 memang tak sebanyak mana, tapi ianya cukup bermakna untuk aku sebab duit tu aku dah berikan kepada Mummy untuk membeli microwave oven. Ianya lebih manis bila rezeki itu dikongsi bersama kan. Lepas ni bolehlah aku cuba menghanguskan kek, haha... Kali ini pembeli dari Germany, negara pilihan aku untuk menang dalam Euro tapi tak kesampaian tu..hehe..
Yesss..gembira dapat berurusan dengan pembeli dari Germany!

Ya, aku tau caj Flippa untuk iklankan blog yang nak dijual tu dah naik sekarang ni. $29 jumlah yang agak banyak juga. Kalau blog tak berjaya dijual, memang rugi $29. Kalau blog berjaya dijual, sekurang-kurangnya $10 akan ditolak sebagai success fee. Mengikut pengalaman aku, 63% adalah peratusan aku berjaya menjual blog, selebihnya lagi gagal. Ada juga blog yang aku iklankan semula, baru terjual. Blog niche pelancongan yang berjaya aku jual di atas sebenarnya adalah blog yang tak berjaya dijual sebulan lalu. Bidaan terakhir hanyalah sebanyak $75. Mungkin bukan rezeki aku kan. 3 minggu lepas berlakunya bencana alam iaitu ribut Sandy. Pada masa itu, Florida dan New York merupakan kawasan yang paling terjejas. Orang Florida dan New York merupakan kawasan kedua dan ketiga tertinggi yang sangat aktif dalam aktiviti jualbeli website dan domain di Flippa.Com. Jadi pihak Flippa telah memberikan peluang untuk mereka menjual semula website mereka tanpa sebarang caj. Biasanya kalau nak jual semula blog yang tak berjaya dijual, caj $19 akan dikenakan. Pada masa inilah aku mengambil peluang untuk menjual blog niche pelancongan aku ni dan berjaya menjualnya lebih sekali ganda daripada jualan sebelumnya. Jadi, aku telah jimat sebanyak $19 dan berjaya menjual blog tersebut pada kali kedua. 

Jadi jangan putus asa kalau blog tak berjaya menjual. Setiap percubaan mesti ada permulaannya. Kalau dah biasa, lama-lama tak akan rasa apa-apa pun kalau gagal. Malah, kita akan dapat mengetahui teknik mana yang silap, kita perbetulkan dan cuba kembali sehingga berjaya. Hmm...sebenarnya aku sayang juga dengan blog pelancongan aku tu, tapi niat asal memang nak jual. Jadi, aku pejam mata sajalah masa itu. Proses jual beli website di Flippa ini sebenarnya mudah, apa yang sukar adalah untuk memuaskan hati pembeli. Bila dah jual website tu, dah dapat duit janganlah lepas tangan. Berikan 100% sistem sokongan pengguna. Hampir seminggu juga aku memberikan bantuan kepada pembeli dari Jerman tu. Masa tu aku memang malas dah nak minta feedback. Sampai satu masa pembeli tu yang nak bagi feedback sendiri.
Berikan sistem sokongan yang padu!

Oklah, sekian saja dulu perkongsian dalam artikel kali ini. Jangan lupa dapatkan mana-mana produk IMFlippa atau IMFlippa2 untuk mencuba benda baru ataupun nak cabar diri boleh atau tidak menjual dalam pasaran antarabangsa. Semoga berjaya aku ucapkan kepada semua. 

P/s: Hidup tanpa ilmu hujungnya jemu...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails