TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 18, 2012

Home » , , » Profil Facebook Sebenar Pemilik Bluedianthus Dot Com

Profil Facebook Sebenar Pemilik Bluedianthus Dot Com

Salam manis semanis madu aku ucapkan untuk korang semua yang masih bersama dengan blogger chipsmore macam aku ni. Jujur, aku tak punya banyak masa untuk mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini. Ada blog-blog lain yang memerlukan perhatian daripada aku kerana masih baru dibangunkan. Aku harap korang faham. Apapun, Fanpage Bluedianthus masih aktif dengan pertanyaan mengenai IMFlippa, pelaburan emas Maybank dan juga buat duit online melalui blog. 

Ok, di kesempatan yang ringkas ini aku cuma nak bagitau profil sebenar aku di Facebook. Mungkin bagi korang tak penting, tapi cukup penting bagi aku untuk mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan. Ini adalah link ke profil Facebook sebenar aku. http://www.facebook.com/warnnie 

Aku yakin korang memang bijak menilai mana yang benar dan palsu. Ini hanya sekadar makluman supaya tidak ada hal berbangkit pada masa hadapan. Aku dah pun buat report pemalsuan profil kepada pihak Facebook yang mana aku tak fikir mereka akan ambil pusing pun. Kecualilah kalau aku ni figura popular dan dikenali seluruh dunia..hehe.. Patutlah, kadang-kadang waktu aku nak login akaun Facebook aku, selalu Facebook bagi warning ada masalah. Sila perhatikan profil-profil palsu ini.


Warnie Musah palsu dari Manila, Filipina

Warnie Musah palsu dari Cebu, Filipina

Semuanya gambar aku dan keluarga aku..kalau ada benda-benda yang tak baik orang ni buat, aku jugak yang kena. Jadi kalau korang ada masa, bolehlah tolong report kat Facebook, supaya banyak bukti yang ada orang guna nama dan profil aku dan juga gambar aku. Aku tak tahu apa tujuannya. Lebih baik guna gambar artis popular daripada gambar aku dan family aku. Privasi diri disalahguna adalah satu jenayah siber dan salah dari segi etika penggunaan Internet. Tapi, manalah orang nak kisah semua tu kan. Dunia dunia..

P.s : Mereka kurang 1 huruf "N" untuk nama aku. Sah bukan aku..hehe.. Kredit kepada Hisham yang memberitahu aku perkara ini di Fanpage Bluedianthus dan juga Mat Separow yang sekarang aku tak dapat akses ke profile Facebooknya yang mesej aku melalui profil Facebook sebenar aku. Korang memang terbaik.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails