TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 2, 2012

Home » , , » Kemaskini Nuffnang Oktober 2012

Kemaskini Nuffnang Oktober 2012

Pejam celik pejam celik, kita sudah berada di bulan Oktober. Bagaimana dengan azam yang kita sematkan dalam hati kita 9 bulan lalu? Aku harapkan azam korang setidak-tidaknya ada juga yang terlaksana. Mudah-mudahan.. Dalam segala kesibukan kita di dunia ini, jangan kita lupa untuk mengumpul amalan untuk bekalan kemudian hari. Kita juga tak selamanya sihat dan muda. Ajal dan maut datang tanpa kita minta. Syukurlah aku masih mampu menulis di blog Bluedianthus Dot Com sehingga ke hari ini.

Bersama rakan baru, Pascual dari Sepanyol, Fatima dari Nigeria, dan Asma Hanee dari Kedah.

Menyepi bukannya tidak mahu aktif lagi dalam dunia blogging terutamanya mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini. Blog Bluedianthus ini banyak mengajar aku dalam dunia blogging. Cuma, adakalanya kita akan sampai satu tahap di mana kita ingin maju setapak lagi, dan lagi...dan lagi..terus ke hadapan. Entah itu dilakukan secara online, ataupun offline. Ya, blog ini bukanlah boleh dikategorikan sebagai blog yang berjaya, tetapi bukan juga satu blog yang gagal. Yang gagal adalah mereka yang tidak pernah bermula, hoho. Membenarkan diri pula aku ni. Apapun, aku bermula dengan kosong, jadi tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Korang juga sebagai seorang blogger tentu tahu situasi ini kan. Itulah kekuatan suatu blog personal. Besar impaknya kepada pembaca setia dan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pemilik blog tersebut.

Terima kasih Nuffnang.


Oklah, sebenarnya adalah Buffered Earning (BE) yang diterima oleh blog ini pada bulan September lalu tapi aku tak sempat nak buat kemaskini untuk bulan tersebut. Jadi aku anggap saja BE ke-76 iaitu Maybank Legoland. Lain-lain BE telahpun dikreditkan ke dalam earning aku. Walaupun tak banyak, tetapi cukup buatkan aku gembira. Maybank memberikan tiket percuma ke Malaysia Legoland untuk waktu cuti sekolah kepada para blogger. Tarikh tutupnya dah tamat dan aku rasa bila-bila masa saja BE ini akan tamat. Aku tak mengambil bahagian dalam contest ini. Apapun, aku doakan semoga yang terbaik menang dapat tiket percuma ke Legoland tu.

P.s: Dulu aku cuma mampu membina kepingan-kepingan Legoland menjadi sebuah bangunan pencakar langit... Dunia semakin maju. Tapi kita juga kadangkala buat-buat tak peduli, dunia juga sudah semakin sakit...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails