TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 23, 2012

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang Kedua Oktober 2012

Kemaskini Nuffnang Kedua Oktober 2012

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Rasanya ini ini artikel-artikel terakhir untuk bulan Oktober yang dapat aku tulis. Tiga artikel sebulan, memang korang boleh jangkakan tahap kerajinan penulisan aku yang kian merundum. Sekiranya korang mengikuti perkembangan blog ini dari awal, korang akan tahu yang aku ada beberapa lagi blog lain yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana masih belum berjaya dalam pandangan mata aku. Ok, blog ini pun bukanlah berjaya sangat aku tahu.. Para subscibers pun turun naik. Biasalah, blog yang tak berapa berbaloi untuk diikuti, tentulah akan terus unsubscribe kan, huhu.. Tak mengapa, aku memahamimu (macam iklan Follow Me yang dulu-dulu tu kan)..

Baiklah, aku teruskan ke agenda utama. Aku tak menjangkakan ada Buffered Earning lagi untuk bulan Oktober ini. Sangkaan aku meleset. Untuk blog yang dikemaskini sebulan 3 kali memang tak ada harapan la. Aku tak tahu apa yang pihak pengiklan nampak di blog aku. Pihak Nuffnang juga tertakluk kepada pilihan pengiklan, tetapi Nuffnang juga ada kuasa untuk memberikan iklan kepada blog yang mempunyai trafik yang bagus dan konsisten. Jujur, trafik blog ini hanya berada dalam lingkungan 200 - 400 pelawat unik sahaja. Trafik yang sadis dan cukup untuk melayakkan aku tidak dapat menyertai pasukan Innity macam blogger yang mempunyai trafik 10,000 pelawat unik sehari.

3 Buffered Earning yang "On Going"

Seperti mana yang korang lihat di atas, ada 3 BE baru yang masih berjalan di blog ini dan mungkin akan habis setelah mencari trafik unik yang dimahukan. BE ke-77 iaitu DiGi Tablet Friendly Plan, BE ke-78 iaitu Baskin Robbins Elections dan BE ke-79 Astro On The Go. Untuk maklumat lanjut tentang iklan-iklan tersebut korang bolehlah terus ke halaman iklan mereka. Yang aku tahu mereka ini memang pengiklan skala besar yang mempunyai bajet tinggi untuk beriklan di Nuffnang ini. 


BE ke-77 DiGi Tablet Friendly Plan
BE ke-78 Baskin Robbins Elections
BE ke-79 Astro On The Go

Konflik Earning Nuffnang

Aku sedikit musykil juga dengan earning Nuffnang aku. Kalau tengok bahagian logo Gliterati, earning sebanyak RM250.60. Tapi kurang 50sen untuk bahagian Total Earning. Apapun, aku kisah juga 50 sen tu..ke mana menghilang..hehe..

P.s Percaya atau tidak, aku tak tahu pun kewujudan aiskirm Baskin Robin sebelum peristiwa Lee Chong Wei bertanding dengan Lin Dan untuk merebut emas Badminton Olimpik London. Korang gelakkan aku ya? Tak kisah..hehe..




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails