TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 26, 2012

Home » , , » Si Biru Yang Hilang?

Si Biru Yang Hilang?

Ingatkan nak tunggu sampai habis bulan September ni baru nak kemaskini blong Bluedianthus Dot Com ini. Semua ni gara-gara baru lepas habis menghadiri International Conference di Kuching, Sarawak. Tapi tak dapat nak diamkan lagi, ramai kawan-kawan dah mula contact di facebook dan email ke mana aku menghilang selama ini. Walau bagaimanapun, aku ucapkan terima kasih kerana masih sudi mengingati blogger sambilan seperti aku di dunia blogging ini. Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya masih ada di dunia online tapi sekarang ni banyak kerja buat secara underground. Selain itu, aku juga sibuk menjawab banyak pertanyaan berkaitan dengan buat duit online dan juga soal jawab mengenai pelaburan emas. Kalau ada email yang aku terlepas pandang nak balas tu, minta maaflah ya. Mungkin masuk dalam spam box. Kalau penting sangat nak penjelasan, terus saja ke Fanpage Bluedianthus dan hantarkan mesej pertanyaan.

Ok, sekian dulu untuk masa ini. Aku masih wujud dan bertambah sihat dengan pertambahan 2 kilogram selepas pulang dari Kuching tempoh hari. Mana taknya, asyik cuba makanan yang ada dengan kakak sepupu aku. My deepest gratitude to my lovely cousin for taking care of me during those five days there... Khas untuk tatapan pembaca blog Bluedianthus (dan juga untuk memaklumkan aku masih seorang blogger, hehe..), gambar aku dan kakak sepupu aku menghabiskan memori kamera di sekitar mercu tanda Sarawak, Kuching...
Birunya Biru..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails