TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 27, 2012

Home » , , » Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku tahu sudah lewat seminggu lebih di bulan Syawal. Apapun, raya kan sebulan. Jadi masih sah lagi kalau nak ucap selamat hari raya kepada korang semua, betul tak? :) Aku doakan yang terbaik untuk hidup korang sempena raya tahun ini. Semoga dimurahkan rezeki untuk pembaca dan juga yang merangkap blogger seperti aku. Semoga dapat belajar banyak lagi mengenai dunia blogging. Kalau korang masih ada kuih raya tu, jangan segan-segan hantar untuk aku di Sabah ni..hehe.. Sepanjang seminggu cuti raya ni, aku pula sibuk dengan aktiviti offline bersama dengan adik-beradik aku yang lain, meluangkan masa bersama keluarga dan banyak lagi. Selain dari itu, aku juga sibuk menyiapkan kerja untuk International Conference & Workshop CIBL2012 di Sarawak.Apapun yang kita lakukan, semoga kita dapat belajar sesuatu daripadanya. Salam sayang dan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Jangan la makan banyak sangat musim raya ni, kesihatan pun perlu dijaga.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails