TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, August 28, 2012

Home » , , , » [Review] Make Money Online By Blogging Karya Alan Tan

[Review] Make Money Online By Blogging Karya Alan Tan

Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada semua yang masih setia menanti kemunculan artikel Bluedianthus Dot Com yang terbaru. Seperti mana yang aku janjikan, kali ini ingin aku memberikan perkongsian mengenai sebuah buku yang baru sahaja aku habiskan. Maaflah, artikel ini diterbitkan lewat sedikit daripada yang dijanjikan. Masa pembacaan aku pun tersekat-sekat. Buku ini masih berada dalam kategori Cari Duit Online dengan cara penulisan dalam blog. Buku ini merupakan buku kedua terbitan rakan online aku, Alan Tan bertajuk "Make Money Online by Blogging". Untuk pengetahuan korang, artikel ini akan berstatus sticky post sehingga 9 September 2012.

Seperti biasa sebelum aku memulakan pembacaan , perkara pertama yang aku buat ialah "go-through" setiap mukasurat buku secara pantas. Perkara pertama yang aku suka dengan buku Make Money Online by Blogging karya Alan Tan ini ialah kerana ada ramai blogger yang berprofil tinggi yang telah ditemuramah  secara eksklusif oleh Alan Tan. Aku berikan ulasan dalam bentuk poin supaya korang boleh mengetahui kelebihan dan hal yang boleh diperbaiki untuk cetakan jilid baru pada masa akan datang.

1. Temuramah Eksklusif
Bahagian temuramah ini merupakan bahagian yang pertama sekali aku baca. Di sini aku baca berulang-ulang kali. Nak ambil ilmu sebaik-baiknya. Temuramah eksklusif pertama yang aku baca ialah temuramah mengenai seorang blogger iaitu SmartZul. Bagi korang yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia pemasaran Internet, nama SmartZul adalah satu branding yang kukuh. Produk yang dihasilkan beliau adalah berbentuk informasi dan bersifat mendidik. Banyak yang aku belajar daripada perkongsian beliau, antaranya adalah 5 tips untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Aku juga belajar betapa pentingnya memberikan respon kepada setiap komen yang ditulis di blog kita. 


Seorang blogger yang disegani..Saudara SmartZul (memang smart)

Melalui perkongsian saudara SmartZul juga aku belajar satu perkara, menaikkan satu blog yang popular mudah, tetapi menjadi blog yang popular kerana kredibiliti adalah tidak sama. Keunikan adalah penting dan kandungan penulisan lebih penting daripada skil penulisan.Satu lagi temuramah yang menarik perhatian aku ialah temuramah eksklusif bersama KCLau. Sesuatu yang masih jauh daripada jangkauan aku untuk mendapatkan pelawat unik sebanyak 3000 sehari. Tapi tak mustahil kan, Never Give Up kata KCLau. :)

2. Bahasa
Seperti biasa, bahasa yang digunakan oleh Alan Tan memang mudah dan terus kepada maksud dan tujuan ayat itu ditulis. Tengok saja tajuk buku ini, Make Money Online By Blogging, terus tahu buku ini berkaitan dengan buat duit melalui penulisan di blog. Tak perlu nak panjang lebarkan ayat yang cantik tapi pembaca tak dapat nak tangkap maksud ayat tu. Jadi jangan pernah takut untuk membaca buku dalam bahasa Inggeris ok. :)
Encik KCLau yang berpengaruh dalam arena blogging.

3. Praktikal
Bagi aku, 60% berbentuk praktikal dan 40% lagi kandungan buku ini adalah penyampaian. Dari segi penggunaan gambar dan ilustrasi untuk membantu pemahaman, bagi setiap bab hampir 70% ilustrasi digunakan. Bukan senang nak nak sediakan screenshot untuk setiap mukasurat. Alan Tan tidak bias dengan dua platform popular yang digunakan dalam arena blogging. Tetapi dalam buku ini, membangunkan blog menggunakan platform Blogger.Com tidak dimasukkan kerana Alan lebih kepada membangunkan blog yang menggunakan perkhidmatan hosting iaitu jenis berbayar. Bagi yang telah memiliki asas pengetahuan mengenai platform WordPress, segala panduan dan langkah-langkah yang Alan berikan kelihatan mudah. Tetapi tidak bagi mereka yang baru sahaja mengenali apakah itu WordPress. Bagi aku yang hanya tahu serba sedikit mengenai WordPress, banyak yang aku pelajari dari buku ini khasnya bagaimana untuk mengawal semua akaun email dari satu akaun email utama. Ini salah satu benda yang aku pelajari.
Tutorial berilustrasi memudahkan pemahaman.

4. Penyampaian Berilustrasi
Sekiranya korang meluangkan masa selama sejam dua dan membaca buku ini secara berterusan, korang akan dapati semua gambar yang dimasukkan di dalam buku ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sedikit kekecewaan aku ialah, kesemua ilustrasi di dalam buku ini tidak berwarna. Kalau berwarna mungkin akan lebih menarik perhatian. Aku tak pasti samada Alan ada menyediakan kandungan buku ini dalam bentuk Ebook sepertimana buku pertamanya Make Money Online Without Selling Anything (CPA). Kalau ada, mungkin pembeli akan ada pilihan alternatif sekiranya mereka ingin melihat ilustrasi berwarna. Cuma, disebabkan banyak ilustrasi diberikan dalam buku ini, penggunaan warna bukanlah penyelesaian terbaik. Kena ada edisi Ebook rasanya Alan. :) Penyampaian ala tutorial daripada Alan memang sangat membantu aku untuk bagahian setup webmail, aku yakin korang juga akan teruja untuk terus melakukan praktikal seperti yang diajarkan di dalam buku ini.

5. Cover.  Warna kegemaran aku adalah biru. Simple dan kemas, itulah yang dapat aku katakan untuk cover buku Alan  yang terbaru ini. Tapi Cover untuk buku pertama beliau masih menjadi pilihan aku sekiranya diminta membuat perbandingan. Tapi bak kata orang putih, jangan tengok rupa luaran sesebuah buku, tapi lihat dulu isi kandungannya.

6. Potensi dan Istimewanya buku ini di mata Bluedianthus.
Keistimewaannya tentulah pada bahagian Temuramah Eksklusif yang Alan lakukan. Pembaca sukakan sesuatu yang berkisarkan kepada pengalaman seseorang dan itulah Alan telah berikan di dalam buku ini. Dan aku rasa kekuatan buku ini adalah segala apa yang diberikan oleh Alan adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri. Itu sangat berharga bagi seorang yang bergelar penulis. Alan juga menggunakan kata-kata motivasi yang mampu meningkatkan semangat untuk berblogging dalam setiap penulisannya. Alan juga ada memetik kata-kata popular daripada tokoh-tokoh terkenal dunia.
ATTITUDE!!

Buat sesuatu dari apa yang kita belajar... Bak kata Alan, "Do Something..."

7. Topik Menarik di mata Bluedianthus
Sebagai seorang blogger, tentunya aku mengharapkan sesuatu yang dapat memberi nilai tambah  kepada blog-blog aku terutamanya blog-blog cari makan aku khasnya juga untuk blog Bluedianthus Dot Com ini sendiri. Terdapat beberapa topik yang menjadi fokus utama aku dalam buku Make Money Online by Blogging ini. Di sini hanya tiga yang utama aku senaraikan, sebenarnya ada banyak lagi tapi ini adalah 3 bahagian antara yang paling aku fokuskan selepas temuramah eksklusif.
1. Bagaimana mendapatkan idea menulis kandungan blog.

2. Perbezaan antara On Page SEO dan Off Page SEO

3. Mendapatkan Trafik dan Backlinks berkualiti.

8. Bagaimana Mendapatkan Buku Make Money Online by Blogging - Alan Tan ini?
Mudah, terus saja ke laman web rasmi BloggingSutra.Com untuk membuat tempahan atau terus saja ke laman web penerbit buku ini iaitu BookPlanet. Korang juga boleh ke kedai buku MPH yang berdekatan ataupun di kedai buku popular yang lain. Harga buku ini ialah RM39.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM42.90 bagi Sabah dan Sarawak. Mengenai book talk, aku tak pasti samada Alan ada mengadakannya untuk buku keduanya. Apa yang pasti aku dah dapat autograf untuk buku ini. Terima kasih Alan. :)


p/s: Setiap orang dilahirkan dengan keunikannya yang tersendiri. Masing-masing diberikan anugerah yang mungkin kita sendiri tidak sedari. Berilah sentuhan "unik" kepada blog kita. Kekuatan seorang blogger bukan saja dinilai dari segi skil penulisan, tetapi juga kandungan yang diberikan secara bersahaja dan santai. Sebab itulah wujudnya blog selepas laman web. Aku harapkan korang bersedia memberikan sedikit pelaburan untuk mendapatkan buku Make Money Online By Blogging hasil Alan Tan yang bermanfaat ini. Bukan saja untuk dijadikan sebagai koleksi, tetapi untuk terus menambahkan ilmu sebagai seorang blogger. Semoga kita semua akan lebih beretika, maju dan dapat menjana wang online dalam berblogging. Buat sesuatu yang telah kita pelajari dalam buku ini, barulah pelaburan yang kita berikan tidak sia-sia.  Blogging itu indah nian kan..aduhai.. :)

Artikel Sebelumnya:  Kemaskini Nuffnang Ogos 2012




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails