TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 1, 2012

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang Ogos 2012

Kemaskini Nuffnang Ogos 2012

Ada masa sedikit untuk aku mengemaskini blog ini. Sudah dua minggu aku tidak mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini kerana kekangan masa yang tidak menentu. Syukurlah, masih ada rezeki untuk blog ini daripada Nuffnang. Sepanjang dua minggu tidak menulis, blog ini masih dikurniakan 2 iklan berjenis Buffered Earning (BE). Yang masih belum maklum, BE adalah iklan yang tidak memerlukan pelawat klik pada iklan tersebut, tetapi pemilik blognya masih mendapat earnings. Rasanya BE ini aku dapat dalam bulan Julai tapi oleh sebab aku baru buka akaun Nuffnang aku, aku anggap saja BE tersebut untuk bulan Ogos ini, senang cerita.
BE Terbaru: BE ke-71 dan BE ke-72, syukur..

BE ke-69 iaitu DiGi Internet Tablet Smartplan di bahagian Large Rectangle sudah pun bertukar menjadi Metered Earning (ME) tanpa CTR Bonus sebab CTR tidak melebihi 0.2%.  BE ke-70 Astro Mana Hilangnya Juwita masih berjalan entah sampai bila aku tak tahu. Sampai bila-bila pun tak apa, aku lagi suka. :)

Inilah screenshot untuk BE ke-71, iaitu NEF Step Up Revolution. Ianya bakal ditayangkan di pawagam berhampiran korang pada 2 Ogos ini. Jujur aku katakan, iklan ini tak sesuai ditayangkan pada masa bulan puasa ni. Tapi biasalah, produk inikan keluaran orang putih, mana peduli sensitiviti negara kita. Mereka kalau promosi memang habis-habisan. Filem ini bercorak muzikal. Jadi siapa yang suka dengan tarian shuffle, break-dance, flash-mob dan sebagainya tu, bolehlah tengok filem ni.

Ok, iklan BE ke-72 ialah VW Hari Raya 2012. Yang ni sesuai dan kena pada masanya untuk diiklankan. Yang bercadang nak tukar kereta tu, bolehlah melawat ke dealer Volkswagen yang berdekatan. Tapi janganlah pula tiap-tiap tahun nak tukar kereta. Kalau kereta tu masih elok dan cantik, tak payahlah nak melaram kereta baru. Baik simpan duit tu untuk pelaburan yang lebih menjamin masa depan.

Ok, sekian saja untuk kali ini. Jangan lupa malam ini jika tiada aral melintang, sekitar jam 9 malam hingga 11 malam, satu review ikhlas daripada aku mengenai sebuah buku mengenai buat duit dengan blog akan aku kongsikan di blog ini. Agak lama aku menghabiskan masa untuk membaca buku ini. Apapun, ianya sangat memberikan inspirasi dan semangat untuk aku terus berblogging secara low profile..perasan.. :)

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang Julai 2012

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails