TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 13, 2012

Home » , » Kemaskini Nuffnang Kedua Ogos 2012

Kemaskini Nuffnang Kedua Ogos 2012

Aku tak ada banyak masa untuk mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini, apatahlagi blog-blog cari makan yang lain. Apapun, aku masih cuba untuk mengemaskini perkembangan blog ini bersama dengan Nuffnang. Ada beberapa lagi pendapatan sampingan hasil dari berblogging seperti blog niche kerjaya dan jualan domain, tapi itu semua biarlah berada dalam mode underground untuk sementara waktu.

3 hari lepas, aku tak online. Hari ni sempat juga login ke akaun Nuffnang. Ok, aku memang lambat maklum mengenai antaramuka baru Nuffnang. Jujur, aku suka wajah baru Nuffnang ini. Kemas dan elegan. Status Nuffnang kita juga boleh dikenalpasti dengan mudah. 

Ok, tak payah nak gelak earning aku ok. Kalau aku dapat 4 atau 5 angka bolehlah aku blurkan, haha.. Seperti mana yang korang tengok di atas, Buffered Earning(BE) menyumbangkan hampir lebih 60% daripada jumlah earnings. Jadi, ini satu perkara yang membimbangkan untuk para Nuffnangers. Kebanyakan pembaca blog atau pelawat blog sudah lali dengan iklan Nuffnang. Maksudnya juga, kalau blog ini tak dapat BE ataupun Advertorial,  memang payahlah nak cashout duit Nuffnang. Apapun, kita tengok macam mana pihak Nuffnang atasi hal ini.


Syukur, rezeki Bluedianthus Dot Com murah bulan Ogos ini. BE ke-70 telah pun dikreditkan. Tidak ada lagi ruangan Metered Earning (ME), kalau kempen iklan tu dah habis hanya diberikan status "Credited" sahaja. Bijak, sebab menjimatkan ruang. Tak banyak, tapi aku tetap bersyukur sebab aku tak payah nak merayu tolong klik iklan aku, ohh.. Ada dua lagi tambahan BE baru yang diberikan kepada blog ini iaitu BE ke-73 dan 74 selepas kemaskini Nuffnang pertama. Tapi CTR bonus tak ada, tak apalah. 

Ok inilah BE ke-73 iaitu Michelin Pilot Experience. Memang sesuai diiklankan pada musim perayaan ini sebab kalau nak balik kampung mesti servis kereta elok-elok. Kiranya dapat juga pahala syarikat Michelin ni kan. Suka juga aku ingatkan korang supaya berhati-hati semasa memandu, ingatlah semua pemandu mempunyai keluarga masing-masing. Kepada pemandu lori, bertimbang rasalah kepada pemandu lain, terutamanya motorsikal.
Ini pula adalah BE ke-74, NEF Expendables 2. NEF tu maksudnya Nusantara Edaran Filem. Filem ini akan ditayangkan pada 16 Ogos ini. Nampaknya sesuai ditayangkan masa ni sebab bulan ni bulan Merdeka sehingga 16 September nanti. Ada juga semangat merdeka untuk  negara tercinta Malaysia. Pastinya filem ini bakal meletup sebab ada ramai pelakon genre aksi di sini, kiranya semuanya otai la. Ada Arnold Schwarzenegger, Sylvester Stallone, Jet Li, Bruce Willis, Van Damme, Chuck Norris dan ramai lagi pelakon gred A. Aku masih musykil kenapa aku dapat iklan untuk tayangan filem. Hmm...



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails