TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 6, 2012

Home » , , , » Keazaman, Kekuatan dan Keyakinan!

Keazaman, Kekuatan dan Keyakinan!

Hari ini bersemangat waja aku nak kemaskini blog. Kepada semua, aku nak pesan sedikit. Jangan nak mulakan perang siber. Menang dan kalah adat bertanding. Aku tak kisah kalau korang nak tweet, post di wall Facebook atau tulis tentang perlawanan Dato' Lee Chong Wei dan Lin Dan di blog korang. Tapi janganlah mengganggu ketenteraman awam dan biarlah ayat tu manis didengar, molek dibaca. Mereka yang bertanding, korang yang sibuk bergaduh. Tak matang tu! Siapa tak kecewa kalau kalah setelah 4 tahun menanti untuk sukan Olimpik? Malaysia kecewa, yang menanggungnya lagi tersiksa. Itulah satu-satunya insan yang bernama Lee Chong Wei. Aku tak sesal Dato' Lee Chong Wei kalah. Aku nampak motivasinya, aku nampak keazamannya, aku nampak kesungguhannya. Duit? Dia banyak duitlah. Jutawan senyap dia ni. Tak perlu korang nak labelkan dia sesal sebab tak dapat insentif 2 juta tu. Lagi satu, tak payahlah nak kutuk Lin Dan lebih-lebih. Dia memang handal dan layak dapat pingat emas tu. Emosi pula aku, hehe.. Jangan lupa doakan keselamatan semua atlet sukan kita supaya pulang ke Malaysia dengan selamat.. Laluan di Olimpik bukannya mudah, beraksi bersama jaguh sukan berstatus dunia. Tahniah kepada Lin Dan dan Dato' Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan pingat emas dan perak masing-masing. Jangan pandang rendah kepada Chen Long walaupun hanya menang gangsa.
Semangat Kesukanan!
Engkau tetap berkilau bak Emas!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails