TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 17, 2012

Home » , , , , , » Pembayaran ke-14 dari Microworkers.Com!

Pembayaran ke-14 dari Microworkers.Com!

Tak banyak yang aku nak update untuk artikel ini. Ini merupakan pembayaran kali ke-14 untuk Microworkers.Com. Agak lama juga aku dengan program buat duit ini. Syukur masih ada rezeki walaupun aku kini jarang nak buat kerja-kerja di sana. Apapun, aku masih seronok melakukan kerja yang mudah dan mampu untuk aku luangkan walaupun cuma ada masa setengah jam untuk buat kerja di sana. Setakat ini, aku sudah berjaya mengumpulkan sebanyak $524 di sana. Jumlah yang tak sangka aku akan dapat sehingga kini meski tak banyak mana pun. Bukan sekaligus, tapi cukup untuk aku mengenang saat-saat manis bersama Microworkers.Com. :)
$17.72 yang bermakna!

Oh ya, pembayaran masih lagi ke dalam akaun Alertpay, tapi sama seperti Moneybookers yang telah dijenamakan semula sebagai Skrill, Alertpay juga telah dijenamakan sebagai Payza. Segala fungsi dalam akaun tersebut masih lagi sama. Cuma interface canggih sedikit daripada dulu. Rasanya tak ada masalah untuk korang yang dah ada akaun Alertpay sedia-ada. Cuma untuk proses mengesahkan akaun tu mungkin masih ada masalah untuk orang Malaysia.

P/s: Akaun Facebook baru pulih dari serangan malicious program.



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails