TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 18, 2012

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang Julai 2012

Kemaskini Nuffnang Julai 2012

Ingatkan tak ada Buffered Earning (BE) bulan Julai ini untuk Bluedianthus Dot Com. Rupanya sangkut juga satu BE yang ke-70 iaitu iklan Astro Mana Hilangnya Juwita. Terima kasih kepada Nuffnang sebab masih bagi kepercayaan kepada blog ini walaupun aku jarang nak kemaskini blog ini. CTR bonus untuk BE ke-69 hilang entah ke mana. CTR iklan itu kurang dari 0.2% jadi memang takkan dapat CTR. Apapun, memang salah aku sebab jarang update blog. BE yang aku dapat masa kemaskini kedua Nuffnang Jun 2012  sudah jadi Metered Earning (ME).
BE ke-70 yang bermakna

Tak banyak yang aku boleh ceritakan mengenai BE ke-70 ini. Astro Mana Hilangnya Juwita, jujur aku tak tengok pun siaran Mana Hilangnya Juwita ni di saluran Astro Ria 104. Channel kegemaran aku ialah 701 a.k.a AXN yang banyak drama kepolisian tu. Apapun aku ada juga ke laman web AstroGempak.Com.My untuk cari sedikit sinopsis mengenai drama ini. Drama ini disiarkan pada setiap hari Isnin jam 10 malam. 

Sinopsis: Cerita tentang seorang gadis kampung bernama Anggun, yang berusaha untuk mencari adiknya yang hilang, Juwita. Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah.

Antara pelakon yang memegang watak dalam Mana Hilangnya Juwita. Kredit Gambar : AstroGempak.Com.My

Kalau korang peminat Erra Fazira, Umie Aida dan Lisa Surihani, rasanya korang mesti nak tengok drama ni. Aku nak komen sikit saja tentang iklan ni. Tak berapa sesuai dengan warna latarbelakang blog Bluedianthus Dot Com. Mungkin Nuffnang boleh pelbagaikan warna iklan untuk blog yang mempunyai latarbelakang yang cerah ataupun gelap. Sekadar pendapat ikhlas aku. :)

Artikel Sebelumnya: Jangan abaikan guest blogging!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails