TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 17, 2012

Home » , , » Jangan abaikan guest blogging!

Jangan abaikan guest blogging!

Ada satu blog aku ni, kali terakhir aku update adalah pada bulan Jun 2011, lebih kurang setahun lalu. Rank Alexa lebih kurang 16 juta. Blog itu dalam niche Finance dan aku memang dah tawar hati nak kemaskini blog tu sejak digodam dan telah menghilangkan semua artikel aku. Dulu aku memang tak buat backup, main redah saja. Selepas memulihkan semula blog itu dari digodam, aku cuma kemaskini blog itu dengan re-write semula artikel PLR dalam simpanan aku. Minggu lalu ada seorang yang nak tawarkan artikel unik dan nak letakkan satu link untuk tujuan backlink. 

Tapi aku terlupa pula nak berikan persetujuan, jadi hari ini aku dapat lagi email follow-up dari beliau. Barulah aku memberikan lampu hijau kepada beliau untuk memberikan guest post.

Ada peluang nak update blog secara percuma lagi.. :)


Kadang-kadang, kita akan terasa rugi dengan membenarkan guest blogging di blog kita. Tapi dari sudut positif, kita harus rasa bangga sebab blog kita tu dipilih untuk mendapat artikel unik. Malah, kita harus lebih bangga lagi sebab blog kita itu dikenali juga oleh sesetengah blogger dan webmaster lain. Apa yang lebih aku suka, aku tak perlu susah-susah nak tulis artikel nak update blog, dan juga jimat duit nak bayar servis tulis artikel...heee..




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails