TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 6, 2012

Home » , , , , , , , » IPO dan Harga Emas Semasa

IPO dan Harga Emas Semasa

Agak lama aku tidak mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com. Blog-blog lain ada juga aku kemaskini. Semua ni penangan kekalahan Jerman edisi Euro 2012 tahun ini, huhu.. Tapi tak mengapa, kalah menang adat bertanding. Apapun, Sepanyol memang layak juara. Kalau lawan dengan Jerman masa final tu mungkin menarik sikit. Ni aku tengok memang tak ada saingan la Sepanyol tu dengan Itali (masih tak puas hati Jerman kalah, hehe..). Ok, yang sudah tu sudahlah. Sesiapa yang berminat dengan saham, aku saja nak bagitau ada 3 lagi saham IPO (Initial Public Offering) yang ditawarkan di Maybank2u. Mungkin ada yang ramai hairan sejak bila aku mengikuti perkembangan saham di Malaysia ini. Semua ni melalui pembacaan aku dan juga ada beberapa tindakan yang aku lakukan khasnya untuk mendapatkan akaun CDS (Central Depository System). Jadi kepada korang yang minat untuk mendapatkan saham ini, bolehlah membeli melalui perbankan online maybank2u, RHB dan juga CIMBClicks. IPO yang menjadi pilihan tentunya HealthCare Berhad. Aku selalu lepak di blog yang satu ni, 1-million-dollar-blog.com. dan faizalyusup.net mengenai saham ni. Kalau korang minat mendalami dengan lebih lanjut boleh baca dan godek-godek informasi yang mereka berikan di sana.
IPO Baru: IHH HEALTHCARE BERHAD, OCK GROUP BERHAD dan GABUNGAN AQRS BERHAD

Selain daripada itu, untuk mereka yang telah membuat pelaburan emas, korang mungkin dah boleh tersenyum kerana harga emas  semasa semakin meningkat dengan penuh bergaya baru-baru ini. Aku jangkakan harga emas akan berada dalam keadaan menaik seperti bulan Julai tahun lalu. Tambahan pula dengan kejohanan sukan Olimpik yang akan berlangsung tak lama lagi. Tapi untuk Malaysia, kemungkinan harga emas akan jatuh sedikit menjelang raya. Al-maklumlah, terutamanya wanita nak kelihatan bling bling juga di bulan Syawal. Jadi tak hairanlah akan ada banyak promosi jualan barang kemas tak lama lagi. Jadi kepada suami-suami, janganlah marah kalau isteri nak beli barang kemas baru. Itu semuanya untuk kegunaan masa hadapan juga. Tapi kenalah ukur baju di badan sendiri kan. Sama-samalah kita bling-bling...:)

p/s: Balik kampung...

Artikel Sebelumnya: Germany Pilihanku Kalah!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails