TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 17, 2012

Home » , , » Bungkusan Berdaftar dari Selangor?

Bungkusan Berdaftar dari Selangor?

Akhirnya, sampai juga bungkusan berdaftar dari Semenanjung nun. Tentunya aku akan berkongsi dengan korang apa yang aku dapat di dalam bungkusan ini. Ini ada kaitan dengan cari duit online melalui blogging. Petang kelmarin aku bertukar-tukar pendapat dengan seorang pembaca blog aku mengenai IMFlippa. Dari Sarawak, peramah orangnya. Sedang berkira-kira untuk mendapatkan produk Cikgu Hafis ni. Baguslah, dulu aku jarang nak tanya kalau nak beli sesuatu produk, main beli saja. Entah sudah berapa banyak yang aku habiskan untuk menimba ilmu dalam IM dan juga blogging ini. Apapun, aku anggap semuanya sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Dari seorang yang tidak tahu apa-apa kepada seorang yang tahu sedikit. Semakin banyak yang aku pelajari, semakin banyak yang aku tidak tahu. Itulah lumrah mencari pengalaman dan pembelajaran, ianya satu proses yang berterusan. 

Sedikit pemberitahuan, ada seorang lagi usahawan Internet yang baru mengeluarkan satu Panduan Jana Wang Melalui Internet dalam dunia IM tempatan. Korang boleh download sendiri dan nilai pengisian yang terdapat dalam panduan tersebut. Baca dan praktikkan.



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails