TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 13, 2012

Home » , , , , , , , , » Buka Akaun Simpanan Perak Maybank serendah 20gram

Buka Akaun Simpanan Perak Maybank serendah 20gram

Sekarang ni musim hujan di Kota Kinabalu ni. Keadaan kesihatan pun tak menentu. Sama juga dengan tahap kerajinan aku mengemaskini blog kesayangan aku ni. Aku selalu berharap semua korang di sana berada dalam keadaan yang gembira dan sihat selalu. Suka juga aku ingatkan kepada kawan-kawan yang beragama Islam yang bakal berpuasa tak lama lagi, jagalah kesihatan dengan sebaik-baiknya. Kesihatan itu sesuatu yang tidak boleh dibeli. Jadi wajib untuk setiap kita menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Agak lama aku tidak mengemaskini blog ni, tapi aku tau korang takkan cari juga kan, hehe.. Tak apa, kalau korang banyak masa terluang, apa kata korang turut serta dalam Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Lumayan hadiah yang diberikan. :)

Hari ini aku nak kongsikan topik berkenaan dengan Akaun Pelaburan Perak Maybank. Maybank merupakan insitusi bank pertama yang menawarkan pelaburan logam perak dalam bentuk buku simpanan selepas 5 tahun menawarkan Pelaburan Emas Maybank juga dalam bentuk akaun simpanan iaitu pada tahun 1997. Untuk pengetahuan, ianya baru saja dilancarkan pada Isnin lepas (9 Julai 2012). Terlebih dahulu aku ingatkan, pelaburan ini mungkin tidak sesuai dari segi Islamik. Tapi kalau masih nak buat juga pelaburan perak ini kenalah tanya kepada yang pakar.


Aku menerima banyak komen-komen membina untuk artikel terdahulu yang mendapat hits tertinggi di blog ini iaitu untuk artikel Buka Akaun Simpanan Emas Maybank serendah 1gram. Berkaitan dengan pelaburan emas dan perak dalam bentuk akaun simpanan ini aku memang tak layak nak persoalkan. Tapi dari segi pembacaan aku, ianya agak kurang sesuai untuk yang beragama Islam. Apapun, korang boleh dapatkan maklumat lanjut daripada Ustaz Dr Haji Zaharuddin Haji Abdul Rahman di laman blognya. Beliau ada menulis satu artikel bertajuk Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia. Korang boleh aplikasikannya untuk pelaburan perak juga.

Pelaburan Perak merupakan satu lagi pelaburan logam yang paling mendapat perhatian pada masa kini. Kenapa? Sebab harga perak masih boleh dijangkaui oleh golongan pertengahan seperti kita ni. Aku merupakan orang terawal yang telah membuka Akaun Pelaburan Perak ini. Minimum 20gram diperlukan untuk membuka akaun ini. Pada masa itu, harga perak semasa di Maybank adalah RM2.91 segram. Kadar spread antara harga jual dan harga beli juga rendah iaitu sekitar 35sen ke 40sen sahaja. Untuk pembukaan akaun ini, aku telah bermula dengan membeli sebanyak 50gram iaitu RM145.50. Ya, itulah harga untuk 50gram perak. Emas? Beli 1gram pun paling murah RM165 kan. Jadi perak adalah komoditi yang masih mampu dimiliki oleh orang-orang kelas pertengahan, dan pastinya juga menguntungkan orang kaya..huhu... Tapi tak mengapa, aku rasa lebih baik mulakan langkah pertama dan simpan sikit-sikit, lama-lama akan membukit kan.

Cara untuk membuka akaun pelaburan perak Maybank ini mudah sahaja. Di sini aku sertakan beberapa langkah yang aku sendiri alami semasa membuka akaun simpanan perak Maybank ini:


  1. Masuk ke cawangan Maybank berhampiran. Pergi terus ke bahagian Customer Service. Cakap korang nak buka Akaun Pelaburan Perak. Pegawai perkhidmatan pelanggan tadi akan tolong korang isi borang permohonan. Jangan lupa berikan IC untuk pengesahan. Nanti korang akan disuruh turunkan tandatangan di beberapa helaian kertas. Sementara menunggu buku akaun dibuka, korang bolehlah baca prospektus mengenai pelaburan perak yang disediakan. Jangan lupa sediakan RM10 untuk membuka akaun.
  2. Kemudian korang akan diberikan satu borang untuk deposit atau simpanan. Borangnya sama dengan borang untuk masukkan duit berbentuk tunai. Tapi bezanya transaksi akan melibatkan jumlah gram yang ingin korang beli. Untuk kali pertama ini, pegawai perkhidmatan tadi akan tolong korang isi butiran yang diperlukan dalam borang tu.
  3. Ambil nombor giliran. Bila dah sampai giliran korang, pergi ke kaunter. Mereka akan tanya berapa gram perak yang korang nak beli. Minimum pembelian adalah sebanyak 20gram. Jangan lupa tanya berapa harga semasa perak waktu tu. Kalau harga jatuh, beli banyak sikit. Kalau harga naik, beli minimum 20gram sahaja dulu. Berikan wang dan selesai.
Ok, setakat ini saja perkongsian aku mengenai akaun pelaburan perak Maybank. Sekali lagi aku ingatkan, pelaburan perak berbentuk akaun atau buku simpanan mungkin tidak bertepatan dari segi pelaburan Islamik. Jangan pula korang nak hentam aku seperti sebelum ini untuk pelaburan emas, hehe.. :) Tak apalah, mungkin ada yang salah faham dengan status agama aku. Isu sensitif ni..huhu.. Satu lagi, akaun pelaburan emas Maybank dan akaun pelaburan perak Maybank ini tidak dilindungi oleh PIDM. Itu kita kena wajib tahu dan faham. Jika terjadi apa-apa kepada pihak Maybank contohnya gulung tikar, kita tidak akan menerima apa-apa "kekebalan" untuk mendapatkan semula wang pelaburan kita untuk kedua-dua jenis logam berharga ini. Jadi tekniknya mudah saja, melabur dalam emas atau perak fizikal lebih banyak dari akaun simpanan emas ataupun perak. Tapi emas dan perak dalam bentuk fizikal pun ada risikonya, mungkin bencana alam dan kes rompakan. Alternatifnya, simpan emas dan perak di bank, kena bayar sedikit kos penyimpanan. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Kini aku dah ada akaun simpanan untuk kedua-dua logam ini, emas dan perak. Kini sedang berkira-kira untuk membeli syiling perak pula. Perak fizikal ada nilai sentimental sebab boleh disentuh. Jangan lupa dapatkan Panduan Pelaburan Perak Fizikal yang telah dihasilkan oleh seorang peminat tegar logam Perak ini. Pra-pelancarannya dijadualkan pada esok hari. Rajin-rajinlah korang lawat website rasmi Panduan Pelaburan Silver 2012 tu ya.  Keistimewaan panduan ini adalah saudara Ikram akan berkongsi bagaimana beliau menambahkan simpanan perak sebanyak 20% tanpa menggunakan teknik pajak gadai. Ok itu logik, tapi kalau tau Teknik Pajak Gadai yang betul pun boleh dapat untung juga.

Artikel Sebelumnya: IPO dan Harga Emas Semasa

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails