TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 1, 2012

Home » » Unduk Ngadau Kaamatan 2012

Unduk Ngadau Kaamatan 2012

Credit to Google Images
1 Jun sudah menjelma, tidak lupa aku mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai. Keputusan pertandingan ratu cantik ataupun unduk ngadau kaamatan 2012 telah pun diketahui. Tahniah aku ucapkan kepada yang menang. Kat atas ini adalah Unduk Ngadau Kaamatan untuk tahun 2012 ini. Cantik kan. Gadis jelita ni namanya Melinda Louis, berasal dari Telupid Sabah. Dia telah mengalahkan 40 jelitawan yang lain. Hadiah yang dimenanginya berjumlah RM68,800.00! Memang durian runtuh la. Memang dia lebih outstanding daripada peserta yang lainnya. Gaya senyumannya lebih feminin berbanding yang lain. Dia juga menang gelaran ratu yang mempunyai natural-beauty. Yang cantik semulajadi tu aku setuju. Tapi dia ni bukan peserta yang aku target untuk menang.


Fenny Doimis dari KK, dapat nombor 2. Seriously, aku tak berkenan dengan senyumannya, tak berapa simetri... Tapi kecantikannya memang unik. Tak payah buat pembedahan plastik.. (Pandai je aku komen kan..macamlah aku ni cantik sangat, haha..) Fenny menang hadiah berjumlah RM13,450.00.

Meryl Foster Paladius dari Tambunan Sabah, dapat nombor 3. Dia juga menang gelaran ratu paling ramah. Muka dia ni sama dengan sorang kawan aku. Meryl menang hadiah berjumlah RM9650.00. Cute!

Peserta pilihan aku, Samantha Sharon dari Penampang dapat nombor 5 

Peserta pilihan pertama aku, Charlyn Christopher Sherman dari Likas Sabah tak dapat nombor. Tapi dapat title kulit paling cantik.

Ok, tahniah kepada semua pemenang top 7. Nombor 4, 5, 6 dan 7 masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM4000. Semua peserta yang ada pun memang cantik-cantik belaka sebab semua pun adalah johan di daerah masing-masing. Bukan itu saja yang akan dinilai, dari segi bahasa ibunda juga sangat dititikberatkan. Selain cantik, peserta juga perlu fasih berbahasa Kadazan-Dusun. Aku tak pergi tengok pun kemuncak Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan tu. Aku di rumah je, tengok tv. Lepas tu tidur, hehe..malas nak bersesak-sesak di Penampang tu. Mesti lebih ramai lelaki yang pergi tengok berbanding perempuan. Maklumlah, ramai jelitawan kat sana. Kami yang tak berapa nak cantik ni, duduk diam-diamlah kat rumah. Hehe..

p/s: Teringat lagu P.Ramlee..lawa tiada, manis ada.. :)

Artikel Sebelumnya: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails