TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 12, 2012

Home » , , » Pendidikan Tinggi: International Workshop on Collaboration and Intelligence in Blended Learning (CIBL 2012)

Pendidikan Tinggi: International Workshop on Collaboration and Intelligence in Blended Learning (CIBL 2012)

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Kali ini aku mengambil sedikit tempoh bertenang untuk menyempurnakan kerja-kerja yang lebih penting daripada kerja penulisan blog ini. Aku cuma blogger part time ma, huhu.. Ini ada berita gembira untuk korang yang suka membentangkan hasil kerja penyelidikan korang. Bolehlah turut serta dalam International Workshop on Collaboration and Intelligence in Blended Learning (CIBL 2012) yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 3 - 4 September ini. Aku telah bertanya secara terus kepada ahli komiti Mimos Malaysia iaitu Encik Jasbeer Singh Atma Singh. Katanya penghantaran kertas kerja masih diterima sehingga 30 Jun 2012 ini. Apa-apa hal korang boleh terus ke laman web rasmi berikut: http://ktw.mimos.my/cibl2012/.
Hantar jangan tak hantar! :)

Aku telah pun mengesahkan kehadiran aku pada konferens kali ini. Ini adalah kali keempat aku menghadiri konferens. Korang jangan fikir aku tak gemuruh langsung masa nak bercakap kat depan para bijak pandai yang ada. Professor Dimitri, Profesor Madya, Doktor dan segala bagai gelaran yang ada. Cakap pun bahasa Inggeris, boleh lintang pukang juga walaupun dah buat persediaan yang rapi. Belum lagi soalan yang memang aku tak dapat nak jawab. Tapi ianya memerlukan latihan, dan itulah yang aku cuba buat sekarang. Ya, aku tau ada antara korang yang tak sukakan formaliti. Aku pun bukannya orang yang suka sangat dengan tatatertib orang yang berpengetahuan aras tinggi ni, ini pengakuran jujur. Tapi aku bersyukur kerana berpeluang mengenali mereka yang mempunyai jasa besar dalam membangunkan penyelidikan di seluruh dunia. Ini membuatkan aku betapa berjasanya mereka dan betapa kerdilnya aku di hadapan mereka.

Bila difikirkan kembali, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Begitu juga dengan dunia online. Aku berpeluang mengenali mereka yang bergelar jutawan walaupun tidak tamat tingkatan 5. Ya, Mark Zuckeberg pun tak tamat pengajian di universiti boleh jadi jutawan. Aku juga berpeluang menimba ilmu yang tak mungkin aku dapat dalam pendidikan formal. Tapi janganlah disebabkan itu, korang membataskan pemikiran korang dan tidak mahu meneruskan pembelajaran. Sekurang-kurangnya habiskanlah pelajaran sampai peringkat SPM, kalau memang dah tak minat belajar sangat-sangat. Hidup ini umpama pembelajaran sepanjang hayat. Banyak lagi yang akan kita lalui nanti. Realitikan apa yang kita impikan, bukan biarkan ia menjadi sebuah angan-angan yang indah. 

p/s: Ilmu itu besar gunanya, jika dan hanya jika ianya diaplikasikan dalam kehidupan kita.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails