TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 26, 2012

Home » , , , , » Kemaskini Kedua Nuffnang Jun 2012

Kemaskini Kedua Nuffnang Jun 2012

Ambil masa sedikit untuk mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini. Baru saja selesai memindahkan 3  buah blog ke hosting baru. Ada lagi tinggal 2 blog untuk dipindahkan. Sah tahun depan, hosting yang satu itu akan aku tinggalkan. Mudah-mudahan kes blog kena godam akan berkurangan. Sedar tak sedar, sudah berpuluh-puluh domain aku beli dalam 3 masa bulan ini. Lelah juga nak menguruskannya sendirian. Apapun, aku seronok dengan kerja-kerja blogging yang aku lakukan kalau ada masa terluang. Kalau tidak, memang terbiarlah blog-blog yang ada tu.

Ok, cerita berkaitan Nuffnang. Aku ingatkan diorang tak bagi lagi Buffered Earning (BE) untuk bulan Jun ini, tapi tersangkut juga satu iklan BE yang ke-69 iaitu DiGi Internet Tablet Smartplan. Iklan BE ini juga berada pada bahagian selepas entri terbaru. Aku tak faham kenapa aku dapat BE untuk produk DiGi lagi, sebab dalam akaun Nuffnang bahagian Evangelist, status aku adalah Xpax Angel bukannya DiGi Angel. Apapun, terima kasih. Aku perasan juga ada banyak iklan baru yang muncul. Tahniah juga aku ucapkan kepada pihak Nuffnang. BE ke-66 dan 67 masing-masing dah jadi metered earning (ME). Walaupun tak banyak, tapi aku bersyukur kerana masih diberikan earning. Aku harapkan korang juga masyuk-masyuk belaka. Mudah-mudahan...
BE ke-69: DiGi Internet Tablet Smartplan

BE ke-69
Ok, berkaitan dengan DiGi Internet Tablet Smartplan ini. Korang boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note dengan DiGi SmartPlan dengan pembelian serendah RM1149.00. Kalau korang beli secara online korang layak dapat rebat istimewa dari DiGi kalau beli dengan DiGi Smart Plan 68 atau 88. Jujur, aku tak ada Smartphone. Serius dan korang boleh ketawa kalau korang nak. :) Jadi aku tak boleh nak komen lebih-lebih tentang produk ini. Pengakuan jujur ini mungkin membuatkan Nuffnang untuk berfikir dua tiga kali sebelum memberikan BE tentang SmartPhone ni kan. Kalau tak ada rezeki nak buat macam mana kan. 

p/s: Berblogging seperti biasa, duit akan datang sendiri. Jangan tension sangat nak buat duit dari blogging ni.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails