TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 22, 2012

Home » , , , » Buat Duit Online: Mode Underground

Buat Duit Online: Mode Underground

Salam hari Jumaat, cepat betul masa berlalu kan. Tak lama lagi bulan Julai, lepas tu Ogos dan seterusnya..dan seterusnya. Semoga segala perancangan yang kita lakukan berjalan dengan jayanya. Aku kini sibuk dengan proses memindahkan beberapa blog aku ke hosting yang baru. Hosting yang lama tu aku ingat tak nak renew dah sebab banyak kali blog aku tu kena godam. Berapa kali dah tukar password. Huhu.. Ok, berkenaan dengan cari duit online, buat masa ni aku buat secara underground dulu. Ada banyak lagi kerja penting offline yang perlu aku selesaikan. Bukan semuanya molek untuk aku kongsikan di dalam blog ini. Kalau aku balik-balik letak screenshot, korang ingat aku riak pula. Kalau aku main cakap tapi tak ada bukti korang cakap aku tipu. Memang tak boleh puaskan hati semua pembaca, kan?

Ramai juga yang bertanyakan aku mengenai Teknik IMFlippa Buat Duit Dengan Flipping Blog, ada juga pertanyaan yang aku tak balas sebab tak masuk akal. Kalau korang jadi aku, nak ke korang nak bagi username dan password untuk akaun Flippa.Com korang? Tentu tidak bukan. Jadi hanya pertanyaan berasas dan logik saja aku akan cuba jawab dalam seberapa segera. Contohnya macam soalan di bawah ini.

Soalan yang diberikan ini mengingatkan aku pada diri aku dulu waktu mula-mula nak beli ebook. Aku tau macam mana rasanya kalau ebook yang dibeli langsung tidak memberikan manfaat kepada kita. Secara peribadi, memang aku rasa rugi beli panduan yang tidak memberi aku pulangan untuk duit yang aku laburkan untuk membeli panduan tersebut. Tapi dari sisi positif yang lain, aku telah meningkatkan ilmu aku tentang satu topik yang dibincangkan dalam panduan itu selangkah ke hadapan. Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu yang aku belajar dari panduan yang aku beli. Itu lebih baik daripada tak ada langsung kan.

Lagi satu aku nak cakap, aku bukanlah seorang otai ataupun pakar dalam jual-beli blog atau website di Flippa.Com itu. Setakat ini, hanya 4 saja blog yang baru aku berjaya jual di sana. Jumlah keseluruhan transaksi aku di sana baru dalam $687 termasuk up-sale untuk pembeli blog aku. Ramai lagi pembeli IMFlippa dan IMFlippa2 yang telah melakukan transaksi lebih dari $1000 ke $3000 rasanya. Cuma, mereka mungkin hanya nak buat flipping ni secara underground dan tak mau orang tau yang Flippa.Com ini merupakan satu lagi peluang untuk buat duit sepantas 3 hari jika kena caranya. Kalau ada rezeki, yakinlah takkan ke mana.

Untuk pembaca setia Majalah Niaga, korang boleh dapatkan download percuma untuk Majalah Niaga Edisi ke-21. Kali ini korang akan bersama dengan seorang lagi Jutawan Logam iaitu Mohd Sofian bin Abdullah (Ir Sofian). Aku sudahpun membaca edisi ini, padat dengan informasi seperti yang aku jangkakan. Bacalah kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan potensi pelaburan emas dan perak.

p/s: Seperti biasa aku balik kampung hari ini. Esok hingga Ahad aku akan ke Papar, Sabah untuk agenda terpenting daripada yang lebih penting. Doakan aku selamat pergi dan pulang. Lagi satu, korang jangan terkejut dengan header baru untuk Bluedianthus Dot Com. Apa salahnya kalau wanita letak header ikut tema Euro 2012, hehe.. Siapa aku sokong untuk Euro kali ini sudah terjawab... Daddy dan sorang adik aku sokong Spain..harap-harap la Spain tak jumpa Jerman untuk semi-final. Nak jumpa pun, jumpa masa final nanti. Go Germany..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails