TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, June 6, 2012

Home » , , , , , , , » Buat Duit Dengan Blog: Bukti Kejayaan Ke-4 IMFlippa!

Buat Duit Dengan Blog: Bukti Kejayaan Ke-4 IMFlippa!

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Ini adalah entri yang telah disetkan masanya, harap maklum. :) 

Pernahkah korang membeli satu produk digital yang boleh tahan jugalah dari segi harga, tapi bila korang gunakan untuk jangka masa panjang, memberikan keuntungan berlipat kali ganda? Aku pernah. Bukan sebab aku nak mengampu sesiapa ataupun sibuk nak mempromosikan sehabis baik sesuatu produk itu, tetapi kerana aku sendiri telah mencuba melakukan praktikal berdasarkan panduan yang diberikan dalam produk tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, produk Cikgu Hafis Anwar iaitu IMFlippa : Teknik Buat Duit Dengan Blog. Setakat tahun ini, produk ini adalah yang terbaik aku pernah miliki. Kali keempat aku menjual blog, aku masih mampu menjual blog tersebut walaupun hanya ada dua artikel di dalamnya. Walaupun tak banyak, tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.Kali ini pembeli dari Unites States.

$70 yang bermakna. Syukur..


Ok, mungkin ada peningkatan sedikit berbanding dengan jualan ketiga yang hanya berjumlah $55. Tapi ada kejutan lagi. Selepas aku membuat up-sale dengan pembeli yang berjaya membuat bidaan tertinggi ke atas blog tersebut, aku berjaya mendapatkan sedikit lagi wang dollar, $12. Boleh tengok alamat tu sama ngan screenshot kat atas. Untuk pengetahuan korang juga, blog ini terjual selepas kali kedua aku membuat listing. Kali pertama tidak ada satu bidaan pun yang aku dapat sebab masa tu aku hanya jual domain tanpa website. Kenapa? Sebab aku letak harga permulaan bid tinggi sangat. Lagipun hanya domain dan tak ada website. Bukan apa, saja nak mencuba, tapi memang tak dapat sambutan. Jadi aku buat blog dan tulis 2 artikel, listing semula, dan terjual juga akhirnya. Syukur..

$12 yang bermakna!

Secara kasar, blog keempat aku terjual dengan harga $82, lebih kurang RM246 duit kita. Tapi itu bukan untung bersih la, kena bayar lagi caj untuk transaksi blog yang berjaya dijual sebanyak $10. Adalah untung sikit. Apapun, bagi aku yang penting pengalaman. Itulah penangan IMFlippa yang aku dapat setakat ini. Secara kasar, sudah lebih daripada RM2000 aku dapat menggunakan panduan IMFlippa ini dalam masa 3 bulan. Walaupun tak banyak, tapi satu pengalaman yang manis untuk aku ingat. Kalau korang rajin korang boleh baca artikel aku yang terdahulu mengenai pengalaman aku menjual blog di Flippa.Com Dulu aku beli produk IMFlippa ni masa pra-pelancaran sebanyak RM37. Sekarang, kalau dinaikkan harga kepada RM370 pun aku setuju, hehe..

Aku akan selalu berterima kasih kepada pemilik produk ini...Cikgu Hafis Anwar di atas kesudiannya memberikan segala rahsianya selama ini dalam kaedah Flipping website di Flippa.Com. Terima kasih cikgu.. :)





Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang Jun 2012



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails