TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 15, 2012

Home » , , » Berfikiran Hebat dan Realistik!

Berfikiran Hebat dan Realistik!

Apabila kita mempunyai walau hanya 1% persamaan dengan orang yang hebat, secara tidak langsung kita akan cuba untuk memperbaiki diri sendiri  dan mencapai apa yang telah dicapai oleh individu tersebut. Tapi kita juga harus memikirkan kemampuan kita sendiri. Tidak salah memasang angan-angan, tetapi biarlah yang realistik. Fikirkan sesuatu yang boleh dicapai. Tapi jangan pula membatasikan imaginasi korang. Sebab dari imaginasilah Thomas Alva Edison mampu menerangi dunia pada hari ini dengan mencipta mentol bercahaya menggunakan arus elektrik pada tahun 1879. Sifat sentiasa ingin belajar dan mengetahui sesuatu telah memahatkan namanya di seluruh dunia sebagai seorang insan yang memberikan jasa yang tidak ternilai di dalam tamadun manusia.

Bergelar seorang blogger telah membuka mata hati aku sedikit sebanyak mengenai dunia penulisan.  Bermula dengan sifat ingin tahu apa perasaan bergelar seorang blogger. Kini menulis blog ini lebih kepada "passion" tidak lupa juga kepada kekangan masa, lebih-lebih lagi blog Bluedianthus Dot Com ini. Menulis blog jenis "blog cari makan" dan blog "perkongsian rasa" tidak sama. Blog cari makan adalah satu blog yang mampu memberikan kita pendapatan secara berterusan. Jadi tidak hairanlah ramai blogger yang akan membangunkan blog niche berita, hiburan dan juga perjawatan. Niche ini memang mudah mendapat trafik yang tinggi. Trafik tinggi, pendapatan masyuk. Untuk mengekalkan momentum dalam berblogging, wajib untuk korang ada satu blog peribadi selain blog-blog cari makan korang. Bolehlah tulis apa-apa saja yang korang nak. Blog rojak macam blog ini pun boleh. Eh, rojak sedap apa, hehe.. Mungkin satu masa korang akan bosan dengan apa yang korang lakukan dalam blog cari makan korang, maka cubalah berkawan semula dengan blog personal korang dan luahkan apa yang korang rasa. Nak buat dalam bentuk pantun, syair, sajak, puisi suka hati korang la. Apa yang penting, penulisan kita itu tidak membangkitkan sensitiviti agama, perkauman dan juga penulisan yang berunsur fitnah. Jangan sekali-kali rosakkan negara kita. Sesekali, entri syok sendiri ada kebaikannya, besar manfaatnya untuk kesihatan hati dan minda. 

Salah seorang yang memberi aku semangat dalam berblogging adalah Daddy aku sendiri. Daddylah yang sentiasa memberi aku nasihat supaya berhati-hati penulisan yang bakal aku terbitkan di blog ini. Sekurang-kurangnya aku memberikan sedikit input yang bermakna untuk mereka yang datang ke blog ini. Sempena Hari Bapa 2012 ini aku doakan Daddy sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan panjang umur. Terima kasih sebab telah menjaga aku hingga sekarang. Ok, tak dapat nak tulis lagi.. Sebak...


p/s: Aku balik kampung macam biasa..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails