TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 18, 2012

Home » , , , , » Workshop IMFlippa Esok 19 Mei 2012!

Workshop IMFlippa Esok 19 Mei 2012!


Mungkin ada yang akan menghabiskan hujung minggu dengan duduk diam di rumah berehat bersama keluarga. Itu baik, tapi apa kata esok korang ubah perancangan sikit dengan menyertai satu workshop ni. Kalau aku tinggal kat bahagian Semenanjung nun, aku mesti akan menghadiri Workshop IMFlippa Cikgu Hafis ni. Tapi apakan daya, aku anak jati Sabah, hehe.. Apapun, aku sudahpun mendapatkan ebook panduan  IMFlippa iaitu versi pertama sewaktu pra-pelancarannya. Waktu tu aku beli produk ni dalam RM37. Hasil daripada panduan Cikgu Hafis ini, aku sudah menjana sebanyak $600++ daripada Flippa dalam kurang 3 bulan. Itu ikut kelajuan masing-masing la kan. Nak bukti boleh baca entri-entri lepas yang aku tulis Teknik IMFlippa Buat Duit Dengan Blog Terbukti! dan juga Perkembangan Cari Duit Online. Masih ada tempat untuk ke workshop tersebut. Berapa yang kosong tu aku tak tau la.

Aku yakin kalau korang pergi ke workshop ini, lebih banyak input yang korang akan dapat. Masing-masing mempunyai cara pembelajaran yang tidak sama. Ada yang lebih suka membaca (macam aku), ada yang suka mendengar(workshop), dan ada yang suka praktikal (hands-on). Bengkel ini terhad untuk 20 orang sahaja, bermula dari 9 pagi ke 5 petang. Yuran Workshop IMFlippa ni lebih murah 4 kali ganda berbanding seminar jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi. Janganlah lokek sangat, ilmu kan satu pelaburan. Jangan risau, sepanjang aku menyertai Secret Group IMFlippa, beliau tak lokek berkongsi ilmu. Mungkin ada rahsia bocor semasa workshop tu esok? Korang pandai-pandailah, sediakan soalan killer. Kan dah bayar, jadi wajib tanya habis-habisan. Biar Cikgu Hafis pengsan nak jawab soalan korang, hehe.. Oh ya, bukan aku promosi workshop ni sebab aku pun ada dalam laman web jualan tu tau, hehe.. Tu Cikgu Hafis sendiri yang masukkan. Cuma nasihat aku kat Cikgu Hafis tu, mungkin ada yang nak hadir ke seminar tu tapi tak tau macam mana nak bayar guna online banking, kena fikirkan juga mereka yang dah berusia yang besar hati nak join workshop tu. Mungkin boleh buat tempahan dan bayar tunai semasa hari Workshop tu. Pandangan aku je ni. Dan nanti jangan lupa bagi support selepas seminar, taklah mereka tak tentu hala nak buat website flipping. :)

p/s: Aku balik kampung ni, macam biasa. Kalau Broadband Celcom tak buat hal, bolehlah aku jawab email-email pertanyaan yang berkenaan. Setakat ni ada 5 soalan, lain lagi pecahan soalannya, huhu.. Aku masih blogger biasa macam korang, tapi korang tanya juga soalan yang membunuh..Aduh!!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails