TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 16, 2012

Home » , , , , , , , , » Pelaburan Emas Maybank dengan Akaun Emas Kini Mudah!

Pelaburan Emas Maybank dengan Akaun Emas Kini Mudah!

Sebelum aku teruskan dengan artikel mengenai pelaburan emas Maybank, sempena hari Guru ni, aku ingin mengucapkan selamat hari Guru kepada semua guru dan pensyarah yang telah mengajar aku selama ini. Terima kasih juga kepada semua yang secara langsung atau tidak langsung mengajar aku di dunia blogging dan juga perniagaan Internet. Semuanya itu aku hargai dan akan ingat sampai bila-bila. 

Terus kepada agenda utama, kalau korang baca artikel-artikel aku terdahulu berkenaan dengan pelaburan emas Maybank, aku menyimpan emas bukan dalam bentuk pelaburan emas fizikal. Ya, emas fizikal lebih baik daripada simpanan emas dalam bentuk buku pelaburan. Tetapi dari segi keselamatan, akaun emas lebih selamat dan ramai yang lebih mampu membeli segram emas di Maybank berbanding dengan Kijang Emas yang berharga lebih dari RM1000. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. :)

Berbalik kepada tajuk entri ini ditulis, berita baik untuk mereka yang telah membuka akaun pelaburan emas Maybank! Pelaburan emas Maybank iaitu jual-beli emas dalam bentuk akaun simpanan kini boleh dilakukan secara transaksi online. Kalau masih tak faham macam mana caranya nak membuat pelaburan emas Maybank dalam bentuk buku simpanan emas, boleh baca artikel aku yang sebelumnya iaitu Buka Akaun Simpanan Emas Serendah 1gram.


Ya, aku tau Public Bank dah lama menjalankan urusniaga secara online untuk jual-beli emas melalui akaun simpanan emas ini. Lebih baik pihak Maybank terlambat daripada tak buat langsung kan. Baru-baru ini, tak silap aku hari Isnin minggu ini aku ada mencuba aplikasi online untuk membeli emas untuk pelaburan emas Maybank ni. Korang boleh ikut beberapa langkah seperti di bawah ini. Cukup mudah untuk yang dah biasa menggunakan Internet dan aplikasi perbankan online. Ingat, tahap pemahaman orang lain tidak sama. Kebanyakan pembaca blog ini berusia antara 20-an hingga 40-an, jadi agak moleklah untuk aku jelaskan beberapa perkara dengan lebih teratur dan mengikut susunan untuk memudahkan pemahaman.


1. Mula-mula login ke dalam akaun Maybank2u korang. http://www.maybank2u.com.my. Selepas dah masuk ke akaun korang, klik pada bahagian "Investment"


2. Korang akan dibawa ke halaman Investment, klik pada bahagian "Maybank Gold Investment Account" (kat sini dah ada perubahan ayat iaitu penambahan ...trade gold online)

3. Selepas tu, korang akan dibawa ke satu halaman lain, klik pada bahagian "Deposit Gold". 

4. Dalam pembelian emas ada 4 langkah yang korang perlu ikut. Langkah pertama, pilih MGIA(Maybank Gold Investment Account) yang korang nak kreditkan gram emas tu. Lepas tu, klik "Continue". Dalam kes ini aku cuma ada 1 akaun simpanan emas.

5. Pada langkah ke-2 pembelian, ada beberapa perkara korang perlu perhatikan. Minimum emas yang boleh dibeli adalah 1gram. Pastikan korang dah semak harga emas semasa Maybank sebelum membuat pembelian. Kalau boleh cuba dapatkan harga emas bila harga emas semasa tengah cantik. Masukkan jumlah gram yang korang nak beli. Kemudian pilih akaun Maybank samada akaun simpanan atau akaun semasa untuk tujuan pembayaran (debit). Kemudian klik "Continue".

6. Langkah ke-3 adalah tujuan pengesahan maklumat pembelian. Jangan lupa juga tengok bahagian Note tu. Harga emas adalah berdasarkan harga emas semasa Maybank. Dalam kes ini, harga emas semasa untuk 1gram emas adalah RM159.43. Pastikan jenis transaksi ialah deposit(membeli emas) dan bukannya Withdraw(menjual emas). Bila dah pasti semua maklumat tu betul, klik "Confirm".

7. Langkah ke-4 adalah pengesahan daripada sistem Maybank samada transaksi berjaya atau tidak. Korang boleh print-out resit sebagai bukti. Bila ada masa tu bolehlah bawa buku akaun simpanan emas Maybank (MGIA) ke cawangan Maybank yang berdekatan untuk tujuan kemaskini.

Nota: Harga emas semasa di pasaran dunia kini sedang mengalami downtrend, iaitu kejatuhan harga. Korang boleh lihat sendiri perbezaan harga 1gram emas dengan melihat pada transaksi pembelian emas yang aku lakukan dalam jarak masa 5 hari. Biasanya susah untuk menembusi jual-beli emas melalui perbankan Maybank Online, mungkin pihak Maybank masih dalam proses menambahbaik sistem jual-beli emas tu.
Perbezaan sebanyak 87sen

Perhatikan juga harga emas semasa sewaktu aku menulis artikel ini (16 Mei 2012)
Harga emas jatuh lagi: Perbezaan sebanyak RM3.49 berbanding seminggu yang lalu (9 Mei 2012)

Harga emas naik paling tinggi pada September tahun lalu (2011) iaitu mencapai hampir RM200 untuk 1gram. Trend pada tahun ini juga hampir serupa. Harga emas akan mula turun sekitar bulan 5 dan akan mula menaik sekitar bulan September. Mengikut pembacaan aku, kemungkinan harga emas semasa akan mencapai RM200 tahun 2012 sangat tinggi. Untuk emas fizikal, harga emas mungkin mencecah $1,795 bagi 1oz. Oh ya, 1oz ialah singkatan bagi ounce. 1oz = 28.35gram. Jom kita buat kira-kira kejap. Harga emas hari ini tidak akan sama dengan hari esok. Andaikan kita membeli 10gram emas pada harga semasa (ambil harga emas semasa Maybank RM156.81) :
  • RM156.81 x 10gram = RM1,568.10
  • Sekiranya jangkaan RM200, harga emas untuk 10gram tadi sudah meningkat dari segi nilai.
  • RM200 x 10gram = RM2000.00
  • Keuntungan: RM431.90
  • p/s: Nilai wang ringgit pada hari ini juga tidak akan sama 10 tahun akan datang. Fikir-fikirkan... 
Itu hanyalah pengiraan kasar sahaja. Tapi kita boleh tengok sejauh mana perkembangan harga emas semasa di pasaran dunia. Pelaburan yang tak akan lapuk dek zaman adalah emas, perak dan hartanah/rumah. Selagi ada tanah, selagi tu ada emas dan perak. Sebagai pelabur persendirian dan juga kecil-kecilan, wajiblah kita menimba sedikit ilmu berkaitan dengan emas, perak dan hartanah ini. Satu penyelesaian kepada kekurangan modal membeli tanah ataupun rumah untuk tujuan pelaburan, IMFlippa adalah salah satu jawapannya. Untuk emas dan perak tu, aku nasihatkan korang timba dulu sebanyak mana ilmu yang ada, tidak kiralah samada pelaburan emas fizikal ataupun pelaburan emas melalui akaun simpanan emas.

p/s: Dapat lagi tugas kertas kerja untuk International Conference di Singapore. Doakan aku dapat siapkan dengan cepat ya. :)

Artikel Sebelumnya: Sedingin Mana Kasihmu?


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails