TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 28, 2012

Home » , , , , » Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Pakaian Kebudayaan Kaum Dusun dan Murut!

Selamat Hari Isnin semua. Hari Isnin ini, mungkin ramai orang Sabah rasa cuak nak ke tempat kerja. Maklumlah, Perayaan kemuncak Pesta Kaamatan akan berlangsung 30 - 31 Mei ini.  Nda apa bah, nda lama lagi cuti kan. Hehe.. Aku? Tentunya aku sambut sebab aku ni kan anak jati Sabahan. Terutamanya bagi masyarakat kaum Kadazan, Dusun dan Murut, bulan Mei adalah hari yang dinanti. Esok seorang lagi pakcik muda aku (sebab dia lagi muda dari aku) akan berkahwin di gereja, aku tak dapat nak datang. Esoknya pula (30hb) akan diadakan majlis perkahwinan sebelah perempuan, yang ni aku pasti datang, hehe..kan cuti. Bolehlah aku tolong apa-apa yang patut. Majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 9 Jun ini. Baik korang jangan tanya aku lagi "soalan cepu emas" tu ya. Tak ada alasan lagi  aku nak bagi. Apapun, terima kasih sebab ambil berat tentang diri aku. Gambar eksklusif di atas ni aku ambil dari laman Facebook adik bongsu aku. Baru-baru ini mereka ada aktiviti kebudayaan di sekolah. Cantik dan manis aku tengok diorang pakai baju ni. Aku kalau pakai baju tu tak dapatlah, gemuk! Haha.. Yang nak tackle adik aku tu kena minta kebenaran daddy dan mummy aku dulu, yang pasti confirm kena senarai hitam, sebab adik aku ni masih bawah umur...jangan marah ha.. :)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan (Selamat Menyambut Hari Kaamatan). Kini perayaan Hari Kaamatan semakin dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia, semoga rakyat kita hidup rukun dan harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama. Mudah-mudahan...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails