TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 6, 2012

Home » , , , , , » Komisyen IMFlippa: Bukan Sekadar Buat Duit Dari Blog!

Komisyen IMFlippa: Bukan Sekadar Buat Duit Dari Blog!

Nah, sekali aku menulis dalam sehari ada 3 artikel sekaligus. :) Apa nak heran, tulis pun bukannya panjang sangat pun kan, hehe.. Kalau korang rasa menyampah asyik baca artikel aku dapat duit dari Internet, aku minta maaf. Ini adalah sebahagian daripada sebab aku menulis blog. Walaupun bukan itu tujuan asal aku membangunkan blog ini 3 tahun yang lalu, tapi bila dah dapat duit dari blog tu, wajar bagi aku untuk memberikan motivasi bagi para blogger yang mungkin baru bermula dalam dunia blogging ni. Yang dah hampir putus asa bila tahu berblogging dan mendapat duit darinya bukanlah semudah yang disangka. Aku pun pernah berada dalam situasi sebegitu. Dan aku tahu apa rasanya.. Ya la kan, masyarakat pun dah semakin celik IT dan banyak disajikan dengan berita yang seorang blogger boleh menjana ribuan ringgit hanya dengan menulis blog sahaja. Hakikatnya, blogger yang telah menjana ribuan ringgit itu lebih dulu telah melalui kepayahan sebagai seorang blogger. Aku belum termasuk, aku masih lagi blogger biasa-biasa.. :)
RM87 yang bermakna! Syukur...

Mungkin korang yang selalu mengikuti gaya penulisan artikel di dalam blog ini, aku sering menekankan kalau kita berblogging, biarlah berblogging dengan gembira, berblogging seperti biasa. Duit dari aktiviti blogging itu akan datang sendiri.. Paling penting lagi, pengisian di dalam blog kita terutamanya blog peribadi biarlah yang tulen dan asli. Barulah kita dapat membina identiti kita sendiri di dunia blogging. Kita tidak perlukan seorang lagi John Chow ataupun David Risley di dunia blogging (korang boleh Google sendiri nama dua orang ini ok). 

Alamak, lupa pula tujuan sebenar entri ni. Aku nak kongsikan komisyen pertama aku untuk produk terbaik setakat ini keluaran Cikgu Hafis Anuar iaitu IMFlippa. Harga untuk 1 jualan adalah RM157 dan komisyen bagi affiliater adalah sebanyak RM87. Bila aku tengok, affiliater mendapat lebih wang daripada pemilik produk itu sendiri. Mungkin ini adalah satu strategi supaya affiliaternya rajin mempromosikan produk tersebut. Secara peribadi, komisyen yang aku dapat tu hanyalah nilai ringgit yang mungkin boleh aku habiskan dalam sekelip mata. Tapi apa yang memuaskan hati aku ialah aku dapat menyebarkan ilmu yang sepatutnya dipelajari oleh semua orang yang bergelar blogger, tak kira blogger sepenuh masa atau secara part-time. Itulah sebenarnya kepuasan yang sukar digambarkan ataupun dinilai dengan wang ringgit...ILMU!!

p/s: Do not give fish to feed the poor people, but teach them how to fish, only with that they can fish to earn their living, to feed themselves.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails